PERALATAN ASTRO

Selasa, 3 April 2018

Akaun CIMB Dormant status|Kad inactive



Entri kali ini saya nak kupaskan dan bicarakan berkenaan dengan status akaun cimb yang berstatus dormant.apakah maksud dormant akaun? jika anda pernah mengalaminya mugkin perkara ini tidak asing lagi bagi anda bukan.Ok,bagi yang tak tahu,saya akan perjelaskan disini,akaun dormant itu merupakan akaun tak aktif atau dengan  kata lain akaun "inactive".

Apabila akaun anda diklasifikasikan sebagai dormant atau tak aktif,segala urusan seperti nak keluarkan duit melalui atm,nak pindahkah duit secara online,nak buat pembayaran bil online,pembelian atas talian dan sebagainya semuanya itu akan disekat oleh pihak bank.Hanya aliran wang masuk sahaja tidak disekat contohnya kawan anda pindahkan wang ke akaun anda yang berstatus dormant.

Kenapa akaun cimb boleh bertukar status dormant/inactive/tak aktif

Akaun anda akan bertukar kepada status dormant disebabkan kerana tiada sebarang aktiviti pengeluaran dan kemasukan wang yang berlaku dalam tempoh 12 bulan.Sekiranya anda ingin akaun bank anda sentiasa aktif,anda dinasihatkan dalam tiap-tiap tahun ,anda perlu lakukan sekurang-kurangnya satu transaksi wang keluar masuk .

Jika anda pemegang akaun bank lebih dari 3 atau 4 akaun bank mugkin anda terlepas pandang kes sebegini,berani saya katakan  80% kemungkinan salah satu akaun anda akan bertukar kepada status dormant.Jadi berhati-hatilah pada pemegang akaun tersebut.

Untuk pengetahuan anda,jika sekiranya anda ingin menutup akaun yang berstatus dormant itu,anda akan dikenakan caj tertentu oleh pihak bank.Tak berbaloilah kalau dalam akaun ada rm10 baki anda ambil keputusan untuk menutup akaun tersebut kan.Lazimnya majoriti pengawai bank akan nasihatkan anda untuk aktifkan semula akaun anda itu.

Sekiranya membiarkan sahaja akaun bank anda berstatus dormant itu dengan masih berbaki ,walhal tiada apa-apa tindakan daripada anda walaupun surat notis dah dihantar kepada anda,baki dalam akaun tersebut akan dihantar kepada Wang Tak Dituntut seperti Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Bagaimana nak aktifkan semula akaun berstatus dormant

Sekiranya anda ingin mengaktifkan semula akaun,anda perlu ke cawangan cimb terdekat pada waktu perbankan.Sila bawa bersama kad pengenalan,kad atm dan buku bank (jika ada) untuk melakukan transaksi pengeluaran di kaunter (untuk akaun dengan baki minimum rm10).

Jika baki akaun anda kurang daripda rm10,anda dinasihatkan mendepositkan rm10 dikaunter mengunakan borang yang telah disediakan.Akaun anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan