PERALATAN ASTRO

Isnin, 9 April 2018

Internet ada tapi tak boleh Connect


Sekiranya anda mengalami masalah internet atau wifi bersambung tetapi bermasalah ketika nak layari/browsing internet ok kat bawah ni saya sediakan beberapa langkah yang perlu anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pernah juga berlaku pada saya sendiri,bermulanya ketika membeli laptop second hand.Sebelum laptop tersebut sampai ditangan saya,seller ada buat pemeriksaan terlebih dahulu bagi memastikan keadaan laptop tersebut berfungsi dengan baik,baik dalam software,internet connection,hardware mahupun keadaan luaran laptop tersebut.Semuanya berfungsi dengan baik.

Seminggu kemudian laptop selamat terima ditangan saya,bila buka dan test ok hardware/software tak ada masalah begitu juga internet connection ok bersambung status"connected" tetapi bila bukak platform Internet explore,google,laptop mengalami masalah seperti gambar dibawah "Internet Explore Cannot Display The Webpage"


Kenapa masalah ini boleh terjadi:-

Kemungkinan Internet Explore iaitu internet software pada laptop anda telah corrupted.Corrupted bermaksud rosak.File internet explore sudah rosak atau terlalu lama,untuk langkah mengatasi ianya perlu diupdate atau direpair untuk kembali normal.

Sila rujuk langkah-langkah dibawah untuk reset Internet Explorer:





Step :-
  • Klik Tools
  • Klik Internet Options.
  • Pergi Advanced Tab.
  • Klik  Reset Button.
  • Confirm klik OK & Apply
Selepas reset ,anda boleh cuba kembali bukak internet explore.Sekiranya masalah tetap sama,anda boleh tinggalkan komen di bawah,ada beberapa cara lain lagi yang boleh kita gunakan selain daripada langkah diatas.

Ahad, 8 April 2018

CIMB Online Check Balance


Pelbagai kaedah atau cara untuk memeriksa ' CIMB ACCOUNT BALANCE ' secara online mahupun secara offline.Pertama sekali saya jelaskan dahulu kaedah atau cara memeriksa baki akaun cimb secara online dan selepas itu diikuti  dengan yang berikutnya.

Pertama sekali untuk mengecek 'cimb account balance' secara online syarat yang wajib anda perlukan adalah anda haruslah mempunyai cimb clicks iaitu Portal Bank dalam talian.Kebiasaanya setiap pelanggan cimb selepas membuka akaun baru cimb mereka secara terus akan mendaftar untuk cimb clicks.

Sebelum itu saya senaraikan dahulu beberapa kelebihan sekiranya anda mendaftar cimb clicks :-

Kelebihan CIMB CLICKS

  • Memeriksa status akaun,baki akaun,wang keluar/masuk
  • Transfer wang secara online
  • Membayar bil utiliti & membeli secara online
  • Statemant bank setiap bulan boleh diprint
  • Reload prepaid telefon
  • Tidak perlu ke bank  untuk urusan tertentu

Kepada mereka yang ingin mendaftar cimb click saya juga sediakan langkah-langkah yang harus anda lakukan seperti dibawah :-

Langkah Pertama

  • Pergi ke mesin ATM CIMB
  • Masukan kad ATM anda dan juga nombor PIN anda.
  • Pilih Menu Other/Lain-lain
  • Pilih CIMB CLICKS
  • Pilih CIMB CLICKS e-pin (Masukan 6 digit no. e-pin pilihan anda)
  • Pilih TELEPHONE NO dan masukan nombor telefon anda
  • Selesai auto resit printed

Langkah kedua

  • Sila layari laman web cimbclicks.com.my:
  • Pergi ke ONLINE REGISTRATION dan klik REGISTER NOW
  • Sila masukan no. bank card anda (16 digit nombor yang tertera pada kad bank anda)
  • Masukan Pin No iaitu 6 digit nombor pin yang anda masukan di ATM
  • Pilih Username ID anda (rekalah mana-mana nama yang anda mahu)
  • Masukan sekali Password untuk akaun cimbclicks anda. (sila ingat password anda)
  • Selesai.

Setelah anda mempunyai cimb click online banking ,anda bolehla nak memeriksa akaun anda baik pemeriksaan baki akaun mahupun perkara-perkara seperti yang saya nyatakan di atas.

Sekarang majoriti daripada kita boleh dikatakan memilih online/internet banking sebagai platform utama untuk memeriksa baki dalam akaun mereka,jika dibandingkan dahulu sebelum sistem perbankan online diperkenalkan,majoriti tertumpu pada mesin atm dan kaunter ,segala urusan yang melibatkan transaksi wang keluar masuk,deposit,pengeluaran wang,pembayaran bil utiliti serta cek baki akaun semua itu tertumpu hanya pada mesin atm tersebut.

Selasa, 3 April 2018

Akaun CIMB Dormant status|Kad inactive



Entri kali ini saya nak kupaskan dan bicarakan berkenaan dengan status akaun cimb yang berstatus dormant.apakah maksud dormant akaun? jika anda pernah mengalaminya mugkin perkara ini tidak asing lagi bagi anda bukan.Ok,bagi yang tak tahu,saya akan perjelaskan disini,akaun dormant itu merupakan akaun tak aktif atau dengan  kata lain akaun "inactive".

Apabila akaun anda diklasifikasikan sebagai dormant atau tak aktif,segala urusan seperti nak keluarkan duit melalui atm,nak pindahkah duit secara online,nak buat pembayaran bil online,pembelian atas talian dan sebagainya semuanya itu akan disekat oleh pihak bank.Hanya aliran wang masuk sahaja tidak disekat contohnya kawan anda pindahkan wang ke akaun anda yang berstatus dormant.

Kenapa akaun cimb boleh bertukar status dormant/inactive/tak aktif

Akaun anda akan bertukar kepada status dormant disebabkan kerana tiada sebarang aktiviti pengeluaran dan kemasukan wang yang berlaku dalam tempoh 12 bulan.Sekiranya anda ingin akaun bank anda sentiasa aktif,anda dinasihatkan dalam tiap-tiap tahun ,anda perlu lakukan sekurang-kurangnya satu transaksi wang keluar masuk .

Jika anda pemegang akaun bank lebih dari 3 atau 4 akaun bank mugkin anda terlepas pandang kes sebegini,berani saya katakan  80% kemungkinan salah satu akaun anda akan bertukar kepada status dormant.Jadi berhati-hatilah pada pemegang akaun tersebut.

Untuk pengetahuan anda,jika sekiranya anda ingin menutup akaun yang berstatus dormant itu,anda akan dikenakan caj tertentu oleh pihak bank.Tak berbaloilah kalau dalam akaun ada rm10 baki anda ambil keputusan untuk menutup akaun tersebut kan.Lazimnya majoriti pengawai bank akan nasihatkan anda untuk aktifkan semula akaun anda itu.

Sekiranya membiarkan sahaja akaun bank anda berstatus dormant itu dengan masih berbaki ,walhal tiada apa-apa tindakan daripada anda walaupun surat notis dah dihantar kepada anda,baki dalam akaun tersebut akan dihantar kepada Wang Tak Dituntut seperti Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Bagaimana nak aktifkan semula akaun berstatus dormant

Sekiranya anda ingin mengaktifkan semula akaun,anda perlu ke cawangan cimb terdekat pada waktu perbankan.Sila bawa bersama kad pengenalan,kad atm dan buku bank (jika ada) untuk melakukan transaksi pengeluaran di kaunter (untuk akaun dengan baki minimum rm10).

Jika baki akaun anda kurang daripda rm10,anda dinasihatkan mendepositkan rm10 dikaunter mengunakan borang yang telah disediakan.Akaun anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam.


Jumaat, 2 Februari 2018

Streamyx Connected Kenapa no internet access ?

Salam semua..aku buat post ni cuma nak sharing2 je semoga bermanfaat untuk korang semua yang duk tengah mencari-cari camna la nak selesai masalah internet no accses ni.

aku pasti,jika korang pelanggan streamyx,confirm ini bukan modem/router/box yang pertama kali korang pakai kan kalau yang baru daftar streamyx tu lain la maksud aku kepada pelanggan lama..mesti dah banyak kali tukar modem/router kan.aku sendiri pun masuk kali ketiga dah tukar modem streamyx baru..al maklum la,dah sampai ajal,terkena kilat dan sebagainya.

Modem/router baru beli pastu install-setup dah ikut panduan nampak signal network status connected
tapi masih lagi internet no acces.apa masalahnya?

Modem setup ok pastu ada simbol seperti gambar dibawah,apa masalah ?



Okey sekiranya masalah ini berlaku,korang kena check balik setting modem/router korang.Yang pastinya bahagian username dan password (PPPoE/PPPoA) anda dah tersalah isi.

Username & Password (PPPoE/PPPoA) dah dibekalkan kepada setiap pengguna streamyx pada pertama kali technician streamyx(Telekom) yang datang pasang kat umah kita sebelum ni.Tecnician ini dah record username & password(PPPoE/PPPoA) pada belakang modem tersebut.

Sekiranya anda menukar modem/router baru,username & password inilah yang perlu diisi pada ruangan usename password (PPPoE/PPPoA).Jangan direka-reka pulak,no internet accses la jawabnya..

Sekiranya anda kehilangan username & password (PPPoE/PPPoA) ataupun terlupa disebabkan tiada record sebelumnya,anda boleh call 100 (TM).Mintak balik dengan diorng.


Masuk balik modem setting http://192.168.1.1
Masuk password & username : (admin)
Masuk Connection Type : (PPPoE/PPPoA)








Teruskan next button sehingga selesai.Pastu cubalah test modem anda tu.Harap semoga korang dapat selesai masalah korang ini,pesan aku,username & password (PPPoE/PPPoA) jangan direka-reka ikut sedap ye.Banyak kes xdapat internet accses disebabkan salah username & password (PPPoE/PPPoA)

kalau nak reka jugak boleh,call dulu TM 100 ,boleh suruh diorang resetkan balik,kemudian korang boleh reka nak letak apa-apa pun. wassalam