PERALATAN ASTRO

Ahad, 9 Oktober 2016

Astro Decoder Tak keluar Jam

Kepada anda yang mengalami masalah decoder astro xkeluar jam usah bimbang dan usah khuatir,kat sini kita akan bincang serba sedikit berkenaan masalah diatas,apa puncanya,jalan penyelesaian dan tindakan selanjutnya yang harus diambil.

Ramai pengguna astro tak tahu macamana nak buat jika keadaan atau masalah ini berlaku.Ada yang mengambil keputusan call terus astro customer services untuk penyelesaian masalah mereka.Jangan terkejut sekiranya anda dikenakan services caj daripada pihak technician astro atau astro installer.

Nasihat saya cuba anda kenalpasti dahulu masalah astro decoder anda sebelum anda call astro untuk perkhidmatan berbayar,ada kalanya masalah kecil sahaja berlaku,dan adakalanya tak perlu anda bersusah payah call dan berhabis wang untuk penyelesaian masalah diatas.Anda boleh lakukannya sendiri.

Ok punca utama decoder astro tak keluar jam adalah disebabkan oleh Signal Astro Problem,maksudnya Dish Astro tidak berupaya membekalkan isyarat signal pada decoder astro anda,sebab itulah jam pada decoder termasuk sekali siaran/channel tidak berfungsi seperti biasa ,cuma keluar garis putus-putus kan, ingat..point utama "signal problem"

so macam mana Signal Problem boleh berlaku plak ??

Kat bawah ni telah saya senaraikan beberapa perkara yang menyebabkan terjadinya "Signal Astro Problem"

1- Dish Astro Beralih arah mungkin disebabkan oleh tiupan angin
2- Astro LNB (pemancar) rosak
3- Kabel Astro ( kabel putih) disambar petir
4- Kabel Astro ( kabel putih) pada belakang decoder longgar,kepala kabel longgar (perlu dipasang semula       mengikut teknik yang betul
5- kabel digigit tikus

Pada pengalaman saya sehingga ke hari ini,masalah yang paling kerap berlaku adalah maslah pada no 1 & no 4.Anda boleh lakukan services sendiri dirumah,sekiranya xdapat lakukan barulah anda boleh call pihak yang sepatutnya,tak salah mencuba dulu kan..sebelum duit terbang masuk poket astro.

Kalau anda was-was dan tak pasti ..betul ke signal astro aku problem ni ?

So cara paling mudah dan simple,anda bawa decoder astro anda tu,decoder sahaja, tanggalkan semua kabel2 kat belakang decoder tu,bawa dan pasangkan kat rumah jiran sebelah,try test decoder anda samada berfungsi macam biasa atau tak..sekiranya berfungsi ,sahlah Signal Astro rumah anda bermasalah.

Anda boleh kenalpasti salah satunya masalah seperti yang disenaraikan diatas seterusnya anda boleh jadi technician dalam tempoh beberapa jam untuk repair & baik pulih tuk kembalikan astro anda berfungsi seperti biasa..Boleh rujuk kandungan blog ni dalam proses eksperimen anda



5 ulasan :

  1. Cara nak set tarikh pada astro macam mana

    BalasPadam
  2. Saya nak tnya. . Sekarang sy ada masalah. Masalah yg sy hadapi adlah sy pnya screen tv tk keluar info, channel, nom channel bila kita tekan. Just keluar volume, dgn gmbar jer. . Macam mana buat. Tolong sy

    BalasPadam
  3. Saya nak tnya. . Sekarang sy ada masalah. Masalah yg sy hadapi adlah sy pnya screen tv tk keluar info, channel, nom channel bila kita tekan. Just keluar volume, dgn gmbar jer. . Macam mana buat. Tolong sy

    BalasPadam
  4. Mcmna ye nk rujuk cara nk baiki ni

    BalasPadam
  5. Saya dah buat tapi still astro x dpat on

    BalasPadam