PERALATAN ASTRO

Jumaat, 7 Ogos 2015

Cara Setting/Cari Signal NSS6 Guna Piring Astro (IPM HD PRO2)

CARI NSS6 IPM HD PRO2 - PIRING ASTRO

Jom belajar cara tembak signal IPM HD PRO2 guna piring ASTRO .Siaran Percuma (FTA) free to air.Sukan,Movie,Kartun,Tv3,Tv1 dan banyak lagi yang bersiaran secara percuma di NSS6 lebih kurang 200 channel kesemuanya..Bulan2 xperlu bayar ye..

Buat pengetahuan pembaca..Signal Astro dengan Signal Nss6 tidak jauh bezanya

Signal Astro : 91.5E
Signal NSS6 : 95.0E

So kalau nak setting cuba cari dahulu signal astro kemudian pusing kekanan sedikit piring astro untuk mendapatkan NSS6 .lepas tu dongak keatas sikit secara haluss,nampak aje level signal kualiti (Q), kaler merah muncul ,terus ketatkan skru skit..

Pada screen Dec IPM terdapat :-
                                                 Signal Level (L)
                                                 Signal Quality(Q)

Signal Quality lebih penting berbanding Signal Level..Untuk dapatkan channel Ipm & channel Ipm Hd, signal Quality mestilah berada pada tahap maksimun...

Tiada apa2 yg perlu disetting pada DECODER IPM HD PRO2 ,anda perlu (PLUG-PLAY-SETTING DISH )

Cuba tengok Gambar dibawah Pemasangan Dish Untuk signal Astro dan NSS6.Kedudukan piring nampak macam sama kan..Tetapi tengok pada pemegang LNB ,kedudukannya lebih kekanan sedikit berbanding
Astro Measat.

SETTING NSS6 SEBELUM PASANG LENGKAP ATAS BUMBUNG

Pakai buluh sebagai tiang pemegang dish,pasang kat bawah dulu anggaran dekat dengan tv,cara ni lebih mudah nak tengok Signal Level pada tv,samada signal IPM NSS6 dah muncul ke belum.Kalau piring terus pasang kat bumbung,memang susahla la nak tengok kan.Kalau ada 2 orang tu lain citer,lain citer jugak kalau setting ipm guna Satellite Meter


Setting & pusing dulu dish kat bawah,dah dapat channel IPM NSS6 , terus ketatkan skru ,supaya Dish x bergerak keatas dan kebawah..kemudian bawak dish pasang atas bumbung plak,setelah pasang  kerja aku cuma pusing kiri ke kanan sahaja dish tersebut  tanpa dongak atas dan ke bawah lagi dah coz sudut ipm aku dah dapat masa setting & ketatkan piring kat bawah tadi so sekarang ikut aje arah piring astro umah jiran,maklumlah IPM ni point & arah dia nk sama dengan Astro. Pusing sikit anggaran sama dengan dish astro,,, terus dapat Channel IPM NSS6.

STEP INSTALLATION IPM DECODER/DISH ADJUSTMENT
Pastikan paparan tv anda seperti gambar step 1 selepas sambungan dibuat dan decoder dihidupkan.
Tekan button ok pada remote untuk senarai channel seperti gambar step 2 dan pilih salah satu channel

Setelah pilih salah satu channel, gambar dipaparkan seperti step 3,Tekan info pada remote untuk gambar step 4,kemudian anda dah boleh nak pusing piring cari signal ipm

Pusing Piring Astro sehingga warna merah kelihatan pada Q (Quality) dan warna hijau pada L (level).
Setelah pusingan dibuat terkena tepat pada point satellite NSS6,Channel TV akan muncul seperti gambar diatas

Contoh Siaran Daripada Sat NSS6