PERALATAN ASTRO

Sabtu, 23 Julai 2016

Kenapa withdraw Paypal Fail

Masalah Rm36.30 tak boleh nak keluarkan daripada akaun paypal
Masalah Usd 9 tak boleh transfer

Kepada yang baru berjinak-jinak dengan Paypal Akaun iaitu medium untuk transfer duit ataupun membuat bayaran,
dengan cara yang selamat semestinya anda sering kali menghadapi masalah untuk mengendalikanya bukan,tidak
kira la proses untuk pemindahan wang,pembelian dalam talian mahupun proses nak keluarkan wang itu sendiri,masalah tetap ada kan,
al maklumla masih lagi memegang status newbie masih baru lagi.

Ok kat sini saya nak share satu masalah berkenaan dengan kegagalan saat witdhraw wang dalam paypal.
kenapa anda sering kali fail sewaktu nak keluarkan wang dari paypal ?

- adahkah wang dalam akaun paypal tidak mencukupi !!!
- adakah maklumat detail bank penerima tak lengkap

Kepada yang mengalami masalah diatas,salah satu penyebabnya kegagalan anda withdraw wang dalam paypal adalah disebabkan wang dalam
akaun paypal anda tidak mencukupi,anda boleh melihat syarat-syarat yang perlu dipatuhi sewaktu proses withdraw.

Untuk rujukan anda,kat bawah ni saya ada sediakan crop imej jumlah minimun yang boleh dikeluarkan daripada akaun paypal.


Ketahui 4 Kerosakan Decoder Model Lama Anda

Kerosakan Decoder Model Lama

1) Decoder no power
Decoder langsung tidak beroperasi/tiada power,biasa terjadi disebabkan decoder terpasang terlalu lama sehinggakan komponen didalam terlalu panas & menyebabkan ia bengkak seterusnya rosak,boleh jadi Decoder tiada power juga disebabkan kilat,litar pintas dan sebagainya.

2) Decoder paparkan " Updated error "
Paparan 'Update error' menunjukkan Mother Board decoder anda telah rosak
Try update terlebih dahulu decoder dengan menekan "menu button"-"auto update".Sekiranya auto update tidak berfungsi dan seterusnya keluar paparan 'error', maka sahlah Mainboard decoder telah rosak

3) Decoder paparkan " Please insert smartcard "
Decoder anda mengalami 3 area atau 3 part yang mana salah satu daripadanya telah rosak,pertama adalah card reader problem kedua Mainboard & ketiga smartcard rosak.Selalunya yang kerap mengalami kerosakan adalah Slot Card reader (Slot masukkan astro smartcard).Try bersihkan cips smartcard terlebih dahulu dengan pemadam,ada kemungkinan cips smartcard kotor

4) Decoder paparkan "Services Currently Not Available"
Keadaan seperti berikut menunjukkan Astro Signal level dirumah anda rendah.
Kebiasaan Signal Astro bermasalah adalah berpunca daripada berikut
:
- Arah Dish astro terkeluar daripada setting asal
- LNB astro rosak
- Kabel hangus/hitam disambar kilat,digigit tikus
- Dish astro blocking (awning,pokok)

Jika semua perkara diatas didapati tak bermasalah tetapi  "services currently not available" masih lagi muncul,yang pastinya kerosakan adalah berpunca daripada 'power board' power board decoder rosak.