PERALATAN ASTRO

Rabu, 18 Mei 2016

3 Cara Dapatkan No Akaun Maybank

Terlupa nombor akaun maybank pernah terjadi dalam hidupku zaman muda mudi dulu,terkial-kial untuk dapatkan semula no akaun maybank tersebut .Macam mana aku buat untuk dapatkan balik no akaun tersebut !! ikuti kisah aku dibawah

Buat makluman semua ,Proses bukak akaun maybank zaman aku dulu sehinggalah sampai  sekarang, amatlah simple yang mana buku bank dah tak payah buat dah cuma buat kad sahaja pihak bank hanya akan bagi kad serta detail akaun yang dikepilkan pada satu kertas apabila akaun dah siap diaktifkan,tu sebab aku tak ambil tahu sangat pasal detail no akaun aku,coz hanya pada sehelai kertasA4 bagi aku..sampai rumah segala detail tu confirm hilang ntah kemana,,nah..tiba  keadaan memerlukan, baru mula nak cari balik.

Tujuan apa aku bukak akaun Maybank nih ?

Meskipun aku belum bekerja waktu tu,wallet pun masih kosong kejap-kejap ada,kejap takda apatah lagi dalam akaun masih zeroo,aku sangat berminat sangat untuk mempunyai bank kad atm maybank nih..nampak hebat kalau letak dalam wallet lagi banyak kad lagi cun hehe..

sejujurnya bagi aku dengan adanya atm kad yang dilengkapi pula debit visa membolehkan aku mendapatkan barang kegemaranku secara online dalam Negara serta luar Negara,so aku buat persediaan awal sehinggalah tiba alam perkerjaan iaitu zaman kebebasan membeli bagi aku la time tu.Kencang jugakla duk shopping atas talian nih maklumlah barang murah kualiti plak setanding dengan barang-barang dalam Negara.

Membeli barang luar Negara memang favourite aku la hehe biarpun duit semakin kering.Masuk tahun 2014 aku membuat keputusan untuk berniaga secara online,memandangkan ianya boleh dikatakan selari dengan hobi aku iaitu membeli barang luar.So alang- alang membeli tu,boleh jual balik kan.

Sebelum memulakan hasrat aku itu segala persiapan berkenaan untuk cara pembayaran & pembelian untuk barang yang bakal aku niagakan telah aku kemaskinikan semula.Tetapi Masalah aku time tu aku terlupa no akaun maybank aku,macammana nak buat proses  urusniga kalau maklumat perbankan tak lengkap,terkial-kial aku mencarinya,segala detail surat-surat yang aku ingat aku bukak akaun dulu habis aku geledah tidak jugak ketemu.

Selang 2 hari kemudian,dah letih mencari aku berputus asa,aku buat keputusan untuk menelefon customer services maybank untuk bertanyakan pasal no akaun maybank aku yang terlupa tu..nak pergi direct ke maybank jauh pulak.So aku telefon ajelah.

Selepas menelefon customer service, segala pertanyaan tentang cara untuk mendapatkan semula no akaun maybank telah tejawab,kepada sesiapa diluar sana yang mengalami masalah yang sama macam aku ni terlupa no akaun maybank boleh merujuk
dibawah :-

Cara 1 : Check kat Mesin Atm

- Masukkan kad atm
- Pilih menu ‘ Pilihan Lain-lain
- Pilih ‘Mini Statement’
- Print ‘Mini Statement tersebut
- Boleh rujuk pada Slip tersebut Terpapar no akaun Maybank Anda

Cara 2 : Boleh Check Guna Maybank2U

-Login Maybank2u
-Check Bahagian Account Detail
-Kalau takda Maybank2U,boleh terus buat & automatic bank akan kasi no akaun anda

Cara 3 : Tanya di Kaunter

-Bank akan kasi satu borang
-Isi borang tu dan bank akan kasi detail akaun anda

Semasa menelefon customer services tersebut,aku ada bertanyakan.. tak boleh ke akak bagi terus no akaun saya melalui phone ni.Dia cakap xboleh..Owh baru aku tahu no akaun individu jugak ada privatetynya,tak boleh kasi sebarangan,so terpaksalah aku guna cara kat atas tu.

Kesimpulannya apa-apa hal berkaitan dengan perbankan anda dari segi maklumat dan lain2 yang anda rasakan penting buat anda hendaklah anda alert dah simpan ditempat yang betul,boleh jadi juga penting untuk anda jadikan rujukan sekiranya ada hal - hal mustahak melibatkan institusi perbankan ini.

9 ulasan :