PERALATAN ASTRO

Khamis, 8 Januari 2015

Astro Ulang Siaran Sama : WHY?

Kenapa Astro dikatakan syarikat penyiar siaran swasta paling bejaya di Malaysia,kenapa ya? sehingga kini,tiada satu pun syarikat-syarikat penyiar lain yang boleh menganggugugat kredibiliti astro.kalau ada pun semestinya bertahan untuk tempoh yang singkat sahaja.

Buat pengetahuan korang,dalam malaysia sahaja boleh dikatakan hampir 80% rakyat Malaysia yang melanggan perkhidmatan televisyen berbayar ini,ramai kan..bayangkanlah keuntungan yang diperoleh oleh syarikat astro setiap tahun berlipat kali ganda.Tidak hairanla ,kenapa astro dapat menaja event2 yang besar seperti maharaja lawak, dan seumpamaya.

Dengan kepelbagaian saluran tv,pengenalan kepada pakej siaran baru pasti ada saja rancangan tv astro yang boleh membuatkan pelanggan mereka terhibur di masa yang terluang.Al maklumlah la,bayar bulan-bulan mahal mestilah saluran best-best kan.

Dalam duk menikmati siaran-siaran astro untuk tempoh yang lama,maka timbul satu masalah besar daripada pelanggan-pelanggan astro,apa yang menggangu situasi dan emosi pelanggan astro sekarang ini adalah berkenaan dengan saluran astro.

Apa kena dengan saluran Astro ??

Pergila la mana2 pun isunya tetap sama dimana Pelanggan sering merunggut siaran rancangan astro kerap menayangkan siaran sama berulang ulang sejak dari dulu hinggalah sekarang. Sehingga ada sesetengah pelanggan yang sanggup menghentikan langganan Astro,berhenti menjadi pelanggan tetap astro disebabkan kerana bosan dengan permasalahan itu.

Bukan masalah siaran itu saja, pelanggan astro meluahkan rasa xpuashati juga berkenaan dengan gangguan kepada siaran ketika waktu hujan yang mana,siaran mudah loss saat hujan mula turun.Apa yang diharapkan oleh pelanggan saat dan ketika ini supaya pihak astro lebih peka terhadap isu ini serta mencadangkan agar astro menaiktaraf apa yang patut supaya segala masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

Baru-baru ini, seorang pengguna ASTRO meluahkan permasalahan yang sama secara terbuka di Facebook rasmi ASTRO.



Komen yang kedua daripada pengguna yang meluahkan rasa ketidakpuashati pada rancangan tv astro yang sering tayang siaran sama yang berulang kali.



Punca Astro Kerap Ulang Siaran

- Memberi peluang kepada pelanggan untuk menonton sesuatu rancangan jika sedang menonton program lain pada waktu yang sama atau terikat dengan urusan peribadi. Jadi mengulang tayang membolehkan anda menontonnya kembali.

- Pihak Astro tidak mempunyai kuasa untuk mengawal jadual saluran antarabangsa seperti HBO, MAX, dan FOX Premium kerana saluran ini telah diselaraskan dengan beberapa negara di rantau Asia seperti Singapura, Hong Kong, dan Filipina.

- Jika jadual diprogramkan berbeza dengan negara lain ia akan melibatkan kos yang tinggi dan bakal menjejaskan banyak pihak termasuk pelanggan Astro sendiri.