Langkah Batalkan Langganan Pakej Astro
Masalah :-
- Tersalah Langgan Channel Astro / Tersalah pilih pakej Astro
- Boring Tengok Siaran Sama je Berulang Nak Unsubscribe channel
- Pertukaran Pakej Siaran
1. Telefon Customer Service Astro
Dulu diorang pakai nombor bebas tol 1 300 82 3838. Sekarang nombor tu diorang tak pakai dah. Kena telefon nombor customer service Astro yang baru 03 9543 3838.
2. Pilih Bahasa
3. Pilih Langkah Seterusnya Press 4
Tekan 1 - Reconnection/Pemasangan semula
Tekan 2 - Bill and Payment/ Bil dan Pembayaran
Tekan 3 - Technical Assistance and Installation/ Bantuan Teknikal dan Pemasangan
Tekan 4 - Package, Product and Service/ Pakej, Produk dan Servis Tekan 5 - GST Related Enquiries
a. Pakej Keluarga :
Pakej Keluarga (RM37.95) + Mustika (RM12.95) = RM50.90
Mengapa Astro mengenakan caj lebih untuk pek baru ini?
Anda memiliki pilihan untuk melanggan pakej baru ini hanya jika anda berhajat untuk menonton program-program yang terdapat di dalam saluran pakej baru ini.
Astro telah mempakejkan saluran-saluran baru ini dan mengenakan caj ke atasnya kerana saluran-saluran ini memiliki kandungan yang bernilai premium. Mustika ditawarkan pada harga RM12.95 kerana melihatkan kepada pelaburan yang telah digunakan demi mendapatkan bermacam-macam program premium dan blockbuster dari dalam dan luar Negara. Kepelbagaian genre yang bermula daripada filem hinggalah komedi yang ditawarkan melalui kesemua tiga saluran (Citra, Warna dan Bella) dalam satu pakej juga perlu diambil kira.
Sedang kami terus berkembang dan menambah baik perkhidmatan, kami berhasrat agar pelanggan kami dapat menikmati dan mengalami kepelbagaian serta keluasan perkhidmatan yang kami tawarkan, selain memastikan keputusan yang berasas dalam menentukan pakej yang bersesuaian dengan selera dan kemampuan mereka.
Pakej Mustika diwujudkan dengan hasrat untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan lebih banyak pilihan berkualiti dan kepelbagaian dalam hiburan umum. Kami ingin menawarkan kandungan dan genre program yang lebih relevan dan menarik minat setiap ahli keluarga.
Seperti yang ditunjukkan oleh kajian yang dijalankan, filem Bollywood mendapat permintaan popular di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia yang sering menginginkan filem-filem blockbuster terkini Bollywood. Hasil daripada kajian tersebut, kami menawarkan saluran ini di dalam pakej Mustika demi kepuasan menonton rakyat Malaysia keseluruhannya.