PERALATAN ASTRO

Sabtu, 28 Mac 2015

Mesin Rumput Keluar Minyak Melalui Karburator

Oktober 2014,aku ada membeli satu jenis mesin rumput ni model TAMIKA bukan TANAKA  ea.Tamika ni ala-ala klon Tanaka kot.


Harga Model Tamika ni lebih murah berbanding Tanaka..Harga dalam Rm250..boleh la guna nak potong rumput depan rumah..disaran kalau  nak mesin tahan lama,nak kualiti bagus,ringan,kurang bergetar,smooth enjin,nak potong rumput dlm jangka masa lama (dikebun) guna ,tanaka,honda,ogawa,mitsubishi stihl.Kalau nak beli try test sandang kat belakang dan try hidupkan mesin seterusnya kuatkan minyak..Anda akan dapat bezakan antara yang terbaik..

Boleh juga nak guna yang brand Tamika ni untuk potong rumput di kebun,mungkin guna dalam 30 minit lepastu rehatkan mesin sekejap dalam 15-20 minit (sambung balik).Mungkin ditakdirkan selepas tu anda akan terasa sengal2 belakang akibat getaran daripada mesin tersebut guna 30 minit xde masalah..aku dah merasa mesin model ni huhu..

Kalau nak pakai lama,penjagaan mesin mestilah terbaik..pencampuran 2T dan Petrol mestilah pada sukatan yang betul untuk mengelakkan piston daripada cepat rosak.Setiap kali selepas potong rumput,kosongkan tangki dan karburator mesin daripada petrol untuk mengelakkan mesin susah untuk dihidupkan kerana berlaku endapan 2T dalam karburator sekiranya tersimpan lama.

Sepanjang 6 bulan aku pakai mesin ni..ada beberapa kali meragam(2x)..meragam xberapa teruk la..cuma minyak keluar melalui karburator tu je..bukan wayar putus/bocor..tengah syok duk memotong rumput tetiba je terasa panas suam2 kat pinggang pastu tetiba je mesin mati..tengok minyak bnyak lagi,,check punya check oww minyak mengalir keluar melalui karburator..patutla 3-4kali start pon mesin  xmau hidup. ok kenapa jadi camni ??
       
1.Saluran Karburator Tersumbat (Main jet/pilot jet)

Saluran ini tersumbat menyebabkan minyak terkeluar daripada karburator,mungkin terjadi disebabkan endapan minyak 2T dalam karburator/pasir/habuk/ semasa mengisi minyak (tangki).

Penyelesaian :-

Cuci/services Karburator,buang segala endapan/habuk .Ok untuk mengelakkan daripada endapan minyak 2T, selepas menggunakan mesin,kosongkan tangki minyak & karburator daripada minyak petrol.

3.Masalah Jarum Karburator

Jarum skep karburator berfungsi sebagai penutup lubang needle jet yang dapat membuka laluan bukaan gas. Terkadang, setting pilot jet dan main jet tidak cukup untuk alirkan bahan bakar ke mesin ada kala bahan bakar terkeluar . Jarum skep inilah yang mampu menjadi peranti yang menentukan kemasukan gas dan bahan bakar.Sentiasa check jarum yer. sekiranya,adanya aliran minyak keluar daripada karburator,ada
kemungkinan jarum dah rosak perlu ditukar baru.

Setting Jarum Karburator Untuk Laluan Bukaan Minyak /Bahan bakar

3.Masalah Saluran Minyak Dari Tangki ke Karburator

Setting dan adjust saluran minyak dari tangki  ke karburator (PENTING)..Jangan Kasi minyak pertrol dalam saluran tangki terus bergerak masuk dalam karburator seakan2 air menuruni bukit dikhuatiri minyak akan penuh dalam karburator dan terus melimpah keluar..

So tinggikan sedikit saluran minyak yang menghala ke karburator..Pastikan hanya separuh sahaja minyak petrol masuk ke karburator..dan minyak saluran dari tangki hanya menunggu untuk bergerak pabila mesin dihidupkan.

Setting ketinggian saluran minyak sehingga minyak tidak lagi bergerak keluar melalui karburator..Apabila mesin dihidupkan, automatik minyak akan bergerak sendirinya.

Yang pasti,setting tahap ketinggian wayar saluran minyak petrol yang menghala ke karburator pada ketinggian yang sesuai.Kalau wayar terlalu tinggi,minyak pula xkan bergerak,mesin xdapat hidup,Kalau wayar terlalu rendah plak, minyak akan keluar melalui karburator, terus menyebabkan mesin xdapat di hidupkan.
 
Contoh Karburator Mesin Rumput




Main Jet & Pilot Jet