PERALATAN ASTRO

Selasa, 19 Januari 2016

CARA TOPUP NJOI | BELI TOPUP NJOI


TOPUP NJOI / PRABAYAR NJOI

Apakah prabayar NJOI?

Prabayar NJOI ialah perkhidmatan televisyen satelite prabayar pertama di Malaysia. Pelanggan prabayar NJOI dapat membeli akses kepada rancangan-rancangan tambahan mengikut kehendak dan kemampuan pelanggan. Perkhidmatan bayar dan tonton ini boleh dinikmati oleh semua pelanggan NJOI

* Dengan kata lain,kalau nak tengok channel tambahan kena beli TOPUP/PRABAYAR NJOI,boleh rujuk gambar paling bawah iaitu senarai channel tambahan berbayar untuk pelanggan njoi

Topup Njoi @ Prabayar Njoi boleh didapati di stesen pump minyak,kedai dealer astro,astro insatller etc,7-eleven dapatkan secara online pun boleh jugak google search aje ye..

Nilai Topup ada yang bernilai Rm5,RM10,Rm20..Sama la seakan2 phone topup gitu.Jom Belajar Cara nak Topup Channel,step by step kat bawah ...penuhkan akaun njoi anda dengan nilai topup,baru best nak mengakses channel tambahan kan...Kepada yang first time nak guna prabayar njoi,mula2 nak berjinak2 nak membeli channel ni, kena buat step 1 dulu la yer, jangan terus buat step 2.

Kalau ko dah berjaya melanggan,mengakses channel tambahan buat kali pertama,so kalau nak melanggan lagi selepas ni buat kali kedua,ketiga & seterusnya, bolehlah abaikan step 1 tu .Terus je buat step 2 & step3



CARA TOPUP CHANNEL NJOI GUNA PHONE SMS



IKUTI LANGKAH DIBAWAH 

1) Langkah Pertama: Pengguna Pertama Kali (First Time nak Guna) 
    -Penukaran pin 000000 kepada pin pilihan anda cth;-
    
    TAIP 333 <JARAK>No KP<JARAK>000000 <JARAK>masukkan
     no pin baru 6 digit HANTAR KE 33310
     ** No KP semasa daftar akaun njoi**

    Abaikan Step Diatas Jika anda Dah pernah Buat,Terus aje ke Step2

2) Langkah Kedua : Tambah Nilai (Topup Balance Sedia Ada)

    TAIP 111<JARAK>NO KP<JARAK>NO PIN 16 DIGIT HANTAR KE  33310

3) Langkah Ketiga : Pilih Saluran (Masukkan Kod Saluran Pilihan Anda)
    Boleh Rujuk Senarai Kod Saluran Dibawah

    TAIP 222<JARAK>NO KP<JARAK>NO PIN 6 DIGIT<JARAK>KOD 
    SALURAN HANTAR KE 33310

4) Sila tunggu pengesahan pembelian.

***Jika anda mempunyai lebih daripada SATU akaun NJOI,sila guna nombor 
'Smart Card' dan bukan No KP anda.***

CARA SEMAK BAKI TOPUP NJOI

- Taip 000 [ jarak ] No IC
- Contoh : 000 890429115467 SMS ke 33310


KOD SALURAN CHANNEL NJOI

CLICK TO ZOOM