PERALATAN ASTRO

Sabtu, 23 Julai 2016

Ketahui 4 Kerosakan Decoder Model Lama Anda

Kerosakan Decoder Model Lama

1) Decoder no power
Decoder langsung tidak beroperasi/tiada power,biasa terjadi disebabkan decoder terpasang terlalu lama sehinggakan komponen didalam terlalu panas & menyebabkan ia bengkak seterusnya rosak,boleh jadi Decoder tiada power juga disebabkan kilat,litar pintas dan sebagainya.

2) Decoder paparkan " Updated error "
Paparan 'Update error' menunjukkan Mother Board decoder anda telah rosak
Try update terlebih dahulu decoder dengan menekan "menu button"-"auto update".Sekiranya auto update tidak berfungsi dan seterusnya keluar paparan 'error', maka sahlah Mainboard decoder telah rosak

3) Decoder paparkan " Please insert smartcard "
Decoder anda mengalami 3 area atau 3 part yang mana salah satu daripadanya telah rosak,pertama adalah card reader problem kedua Mainboard & ketiga smartcard rosak.Selalunya yang kerap mengalami kerosakan adalah Slot Card reader (Slot masukkan astro smartcard).Try bersihkan cips smartcard terlebih dahulu dengan pemadam,ada kemungkinan cips smartcard kotor

4) Decoder paparkan "Services Currently Not Available"
Keadaan seperti berikut menunjukkan Astro Signal level dirumah anda rendah.
Kebiasaan Signal Astro bermasalah adalah berpunca daripada berikut
:
- Arah Dish astro terkeluar daripada setting asal
- LNB astro rosak
- Kabel hangus/hitam disambar kilat,digigit tikus
- Dish astro blocking (awning,pokok)

Jika semua perkara diatas didapati tak bermasalah tetapi  "services currently not available" masih lagi muncul,yang pastinya kerosakan adalah berpunca daripada 'power board' power board decoder rosak.

3 ulasan :

  1. Kalau ada power...tp jam x jalan 00.00 ....stuck kat situjer

    BalasPadam
  2. Decoder kat rumah saya jenis philips s8 ada masalah takde signal kalau cable dari piring disambung ke decoder tetapi kalau saya loop kan dulu cable tersebut melalui kotak dreambox/skybox kemudian baru pergi ke decoder astro signal nya ok pulak. Kenapa macam tu ye...?

    BalasPadam
  3. Jika powerboard rosak, berapa kis repair dan di mana? PM saya nagamera@gmail.com

    BalasPadam