Permohonan Bagi Bekalan Air Baru |
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang SA bagi bekalan air kekal atau sementara. Pemohon hendaklah melantik tukang paip berdaftar yang akan melengkapkan borang SA dengan maklumat konsumer (bahagian 1), maklumat tukang paip (bahagian 2), pelan susun atur dan sistem perpaipan(bahagian 3) dan kelulusan SA bagi titik pemasangan paip (bahagian 4). Senarai Tukang Paip Berdaftar Seluruh Daerah Terengganu DETAIL Borang yang telah lengkap hendaklah dihantarkan bersama-sama salinan dokumen berikut: i) Kad Pengenalan bagi permohonan individu atau borang 9/13, 44 dan 49 bagi permohonan syarikat; dan ii) Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) atau Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC); dan iii) Hakmilik Tanah atau Surat Persetujuan dari tuan tanah; dan iv) Bil Air untuk premis bersebelahan Sebaik permohonan mendapat kelulusan, tukang paip boleh terus dengan kerja-kerja pemasangan. Tukang paip perlu memaklumkan kepada pihak SA apabila kesemua kerja pemasangan telah siap untuk pemeriksaan. Sekiranya pemasangan telah lengkap mengikut ketetapan, SA akan mengeluarkan invois seperti perkara-perkara berikut::- i) Deposit ii) Yuran penyambungan iii) Yuran sumbangan (jika berkenaan) Bayaran di atas hendaklah dibuat di kaunter SA sahaja. Bukti pembayaran diperlukan sebelum meter airboleh dipasang. Bekalan air akan disalurkan hanya setelah meter air dipasang. Maklumat Tukang Paip Seluruh Terengganu Perkhidmatan Maklumat Tukang Paip Online ini memberi kemudahan kepada anda untuk melihat senarai Tukang Paip yang berdaftar dengan Syarikat Air Terengganu (SATU).Maklumat yang akan dipaparkan ialah : Nama dan Alamat Tukang Paip, No. Lesen Tukang Paip, Tarikh Tamat Lesen, No. Telefon Tukang Paip. Sila Pilih Tukang Paip Kawasan Anda : |