PERALATAN ASTRO

Ahad, 8 April 2018

CIMB Online Check Balance


Pelbagai kaedah atau cara untuk memeriksa ' CIMB ACCOUNT BALANCE ' secara online mahupun secara offline.Pertama sekali saya jelaskan dahulu kaedah atau cara memeriksa baki akaun cimb secara online dan selepas itu diikuti  dengan yang berikutnya.

Pertama sekali untuk mengecek 'cimb account balance' secara online syarat yang wajib anda perlukan adalah anda haruslah mempunyai cimb clicks iaitu Portal Bank dalam talian.Kebiasaanya setiap pelanggan cimb selepas membuka akaun baru cimb mereka secara terus akan mendaftar untuk cimb clicks.

Sebelum itu saya senaraikan dahulu beberapa kelebihan sekiranya anda mendaftar cimb clicks :-

Kelebihan CIMB CLICKS

  • Memeriksa status akaun,baki akaun,wang keluar/masuk
  • Transfer wang secara online
  • Membayar bil utiliti & membeli secara online
  • Statemant bank setiap bulan boleh diprint
  • Reload prepaid telefon
  • Tidak perlu ke bank  untuk urusan tertentu

Kepada mereka yang ingin mendaftar cimb click saya juga sediakan langkah-langkah yang harus anda lakukan seperti dibawah :-

Langkah Pertama

  • Pergi ke mesin ATM CIMB
  • Masukan kad ATM anda dan juga nombor PIN anda.
  • Pilih Menu Other/Lain-lain
  • Pilih CIMB CLICKS
  • Pilih CIMB CLICKS e-pin (Masukan 6 digit no. e-pin pilihan anda)
  • Pilih TELEPHONE NO dan masukan nombor telefon anda
  • Selesai auto resit printed

Langkah kedua

  • Sila layari laman web cimbclicks.com.my:
  • Pergi ke ONLINE REGISTRATION dan klik REGISTER NOW
  • Sila masukan no. bank card anda (16 digit nombor yang tertera pada kad bank anda)
  • Masukan Pin No iaitu 6 digit nombor pin yang anda masukan di ATM
  • Pilih Username ID anda (rekalah mana-mana nama yang anda mahu)
  • Masukan sekali Password untuk akaun cimbclicks anda. (sila ingat password anda)
  • Selesai.

Setelah anda mempunyai cimb click online banking ,anda bolehla nak memeriksa akaun anda baik pemeriksaan baki akaun mahupun perkara-perkara seperti yang saya nyatakan di atas.

Sekarang majoriti daripada kita boleh dikatakan memilih online/internet banking sebagai platform utama untuk memeriksa baki dalam akaun mereka,jika dibandingkan dahulu sebelum sistem perbankan online diperkenalkan,majoriti tertumpu pada mesin atm dan kaunter ,segala urusan yang melibatkan transaksi wang keluar masuk,deposit,pengeluaran wang,pembayaran bil utiliti serta cek baki akaun semua itu tertumpu hanya pada mesin atm tersebut.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan