PERALATAN ASTRO

Ahad, 9 Oktober 2016

Astro Decoder Tak keluar Jam

Kepada anda yang mengalami masalah decoder astro xkeluar jam usah bimbang dan usah khuatir,kat sini kita akan bincang serba sedikit berkenaan masalah diatas,apa puncanya,jalan penyelesaian dan tindakan selanjutnya yang harus diambil.

Ramai pengguna astro tak tahu macamana nak buat jika keadaan atau masalah ini berlaku.Ada yang mengambil keputusan call terus astro customer services untuk penyelesaian masalah mereka.Jangan terkejut sekiranya anda dikenakan services caj daripada pihak technician astro atau astro installer.

Nasihat saya cuba anda kenalpasti dahulu masalah astro decoder anda sebelum anda call astro untuk perkhidmatan berbayar,ada kalanya masalah kecil sahaja berlaku,dan adakalanya tak perlu anda bersusah payah call dan berhabis wang untuk penyelesaian masalah diatas.Anda boleh lakukannya sendiri.

Ok punca utama decoder astro tak keluar jam adalah disebabkan oleh Signal Astro Problem,maksudnya Dish Astro tidak berupaya membekalkan isyarat signal pada decoder astro anda,sebab itulah jam pada decoder termasuk sekali siaran/channel tidak berfungsi seperti biasa ,cuma keluar garis putus-putus kan, ingat..point utama "signal problem"

so macam mana Signal Problem boleh berlaku plak ??

Kat bawah ni telah saya senaraikan beberapa perkara yang menyebabkan terjadinya "Signal Astro Problem"

1- Dish Astro Beralih arah mungkin disebabkan oleh tiupan angin
2- Astro LNB (pemancar) rosak
3- Kabel Astro ( kabel putih) disambar petir
4- Kabel Astro ( kabel putih) pada belakang decoder longgar,kepala kabel longgar (perlu dipasang semula       mengikut teknik yang betul
5- kabel digigit tikus

Pada pengalaman saya sehingga ke hari ini,masalah yang paling kerap berlaku adalah maslah pada no 1 & no 4.Anda boleh lakukan services sendiri dirumah,sekiranya xdapat lakukan barulah anda boleh call pihak yang sepatutnya,tak salah mencuba dulu kan..sebelum duit terbang masuk poket astro.

Kalau anda was-was dan tak pasti ..betul ke signal astro aku problem ni ?

So cara paling mudah dan simple,anda bawa decoder astro anda tu,decoder sahaja, tanggalkan semua kabel2 kat belakang decoder tu,bawa dan pasangkan kat rumah jiran sebelah,try test decoder anda samada berfungsi macam biasa atau tak..sekiranya berfungsi ,sahlah Signal Astro rumah anda bermasalah.

Anda boleh kenalpasti salah satunya masalah seperti yang disenaraikan diatas seterusnya anda boleh jadi technician dalam tempoh beberapa jam untuk repair & baik pulih tuk kembalikan astro anda berfungsi seperti biasa..Boleh rujuk kandungan blog ni dalam proses eksperimen anda



Sabtu, 23 Julai 2016

Kenapa withdraw Paypal Fail

Masalah Rm36.30 tak boleh nak keluarkan daripada akaun paypal
Masalah Usd 9 tak boleh transfer

Kepada yang baru berjinak-jinak dengan Paypal Akaun iaitu medium untuk transfer duit ataupun membuat bayaran,
dengan cara yang selamat semestinya anda sering kali menghadapi masalah untuk mengendalikanya bukan,tidak
kira la proses untuk pemindahan wang,pembelian dalam talian mahupun proses nak keluarkan wang itu sendiri,masalah tetap ada kan,
al maklumla masih lagi memegang status newbie masih baru lagi.

Ok kat sini saya nak share satu masalah berkenaan dengan kegagalan saat witdhraw wang dalam paypal.
kenapa anda sering kali fail sewaktu nak keluarkan wang dari paypal ?

- adahkah wang dalam akaun paypal tidak mencukupi !!!
- adakah maklumat detail bank penerima tak lengkap

Kepada yang mengalami masalah diatas,salah satu penyebabnya kegagalan anda withdraw wang dalam paypal adalah disebabkan wang dalam
akaun paypal anda tidak mencukupi,anda boleh melihat syarat-syarat yang perlu dipatuhi sewaktu proses withdraw.

Untuk rujukan anda,kat bawah ni saya ada sediakan crop imej jumlah minimun yang boleh dikeluarkan daripada akaun paypal.


Ketahui 4 Kerosakan Decoder Model Lama Anda

Kerosakan Decoder Model Lama

1) Decoder no power
Decoder langsung tidak beroperasi/tiada power,biasa terjadi disebabkan decoder terpasang terlalu lama sehinggakan komponen didalam terlalu panas & menyebabkan ia bengkak seterusnya rosak,boleh jadi Decoder tiada power juga disebabkan kilat,litar pintas dan sebagainya.

2) Decoder paparkan " Updated error "
Paparan 'Update error' menunjukkan Mother Board decoder anda telah rosak
Try update terlebih dahulu decoder dengan menekan "menu button"-"auto update".Sekiranya auto update tidak berfungsi dan seterusnya keluar paparan 'error', maka sahlah Mainboard decoder telah rosak

3) Decoder paparkan " Please insert smartcard "
Decoder anda mengalami 3 area atau 3 part yang mana salah satu daripadanya telah rosak,pertama adalah card reader problem kedua Mainboard & ketiga smartcard rosak.Selalunya yang kerap mengalami kerosakan adalah Slot Card reader (Slot masukkan astro smartcard).Try bersihkan cips smartcard terlebih dahulu dengan pemadam,ada kemungkinan cips smartcard kotor

4) Decoder paparkan "Services Currently Not Available"
Keadaan seperti berikut menunjukkan Astro Signal level dirumah anda rendah.
Kebiasaan Signal Astro bermasalah adalah berpunca daripada berikut
:
- Arah Dish astro terkeluar daripada setting asal
- LNB astro rosak
- Kabel hangus/hitam disambar kilat,digigit tikus
- Dish astro blocking (awning,pokok)

Jika semua perkara diatas didapati tak bermasalah tetapi  "services currently not available" masih lagi muncul,yang pastinya kerosakan adalah berpunca daripada 'power board' power board decoder rosak.

Rabu, 18 Mei 2016

3 Cara Dapatkan No Akaun Maybank

Terlupa nombor akaun maybank pernah terjadi dalam hidupku zaman muda mudi dulu,terkial-kial untuk dapatkan semula no akaun maybank tersebut .Macam mana aku buat untuk dapatkan balik no akaun tersebut !! ikuti kisah aku dibawah

Buat makluman semua ,Proses bukak akaun maybank zaman aku dulu sehinggalah sampai  sekarang, amatlah simple yang mana buku bank dah tak payah buat dah cuma buat kad sahaja pihak bank hanya akan bagi kad serta detail akaun yang dikepilkan pada satu kertas apabila akaun dah siap diaktifkan,tu sebab aku tak ambil tahu sangat pasal detail no akaun aku,coz hanya pada sehelai kertasA4 bagi aku..sampai rumah segala detail tu confirm hilang ntah kemana,,nah..tiba  keadaan memerlukan, baru mula nak cari balik.

Tujuan apa aku bukak akaun Maybank nih ?

Meskipun aku belum bekerja waktu tu,wallet pun masih kosong kejap-kejap ada,kejap takda apatah lagi dalam akaun masih zeroo,aku sangat berminat sangat untuk mempunyai bank kad atm maybank nih..nampak hebat kalau letak dalam wallet lagi banyak kad lagi cun hehe..

sejujurnya bagi aku dengan adanya atm kad yang dilengkapi pula debit visa membolehkan aku mendapatkan barang kegemaranku secara online dalam Negara serta luar Negara,so aku buat persediaan awal sehinggalah tiba alam perkerjaan iaitu zaman kebebasan membeli bagi aku la time tu.Kencang jugakla duk shopping atas talian nih maklumlah barang murah kualiti plak setanding dengan barang-barang dalam Negara.

Membeli barang luar Negara memang favourite aku la hehe biarpun duit semakin kering.Masuk tahun 2014 aku membuat keputusan untuk berniaga secara online,memandangkan ianya boleh dikatakan selari dengan hobi aku iaitu membeli barang luar.So alang- alang membeli tu,boleh jual balik kan.

Sebelum memulakan hasrat aku itu segala persiapan berkenaan untuk cara pembayaran & pembelian untuk barang yang bakal aku niagakan telah aku kemaskinikan semula.Tetapi Masalah aku time tu aku terlupa no akaun maybank aku,macammana nak buat proses  urusniga kalau maklumat perbankan tak lengkap,terkial-kial aku mencarinya,segala detail surat-surat yang aku ingat aku bukak akaun dulu habis aku geledah tidak jugak ketemu.

Selang 2 hari kemudian,dah letih mencari aku berputus asa,aku buat keputusan untuk menelefon customer services maybank untuk bertanyakan pasal no akaun maybank aku yang terlupa tu..nak pergi direct ke maybank jauh pulak.So aku telefon ajelah.

Selepas menelefon customer service, segala pertanyaan tentang cara untuk mendapatkan semula no akaun maybank telah tejawab,kepada sesiapa diluar sana yang mengalami masalah yang sama macam aku ni terlupa no akaun maybank boleh merujuk
dibawah :-

Cara 1 : Check kat Mesin Atm

- Masukkan kad atm
- Pilih menu ‘ Pilihan Lain-lain
- Pilih ‘Mini Statement’
- Print ‘Mini Statement tersebut
- Boleh rujuk pada Slip tersebut Terpapar no akaun Maybank Anda

Cara 2 : Boleh Check Guna Maybank2U

-Login Maybank2u
-Check Bahagian Account Detail
-Kalau takda Maybank2U,boleh terus buat & automatic bank akan kasi no akaun anda

Cara 3 : Tanya di Kaunter

-Bank akan kasi satu borang
-Isi borang tu dan bank akan kasi detail akaun anda

Semasa menelefon customer services tersebut,aku ada bertanyakan.. tak boleh ke akak bagi terus no akaun saya melalui phone ni.Dia cakap xboleh..Owh baru aku tahu no akaun individu jugak ada privatetynya,tak boleh kasi sebarangan,so terpaksalah aku guna cara kat atas tu.

Kesimpulannya apa-apa hal berkaitan dengan perbankan anda dari segi maklumat dan lain2 yang anda rasakan penting buat anda hendaklah anda alert dah simpan ditempat yang betul,boleh jadi juga penting untuk anda jadikan rujukan sekiranya ada hal - hal mustahak melibatkan institusi perbankan ini.

Ahad, 8 Mei 2016

Pakej Astro Paling Murah

Pakej Astro Murah Mula Diperkenalkan

Astro Menawarkan Pakej siaran termurah sejak kebelakangan ini.Kenapa ya ? apa yang saya difahamkan disini,pakej astro murah diperkenalkan adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai pengguna - pengguna astro yang baru terutamanya yang berada di kawasan-kawasan pedalaman yang masih lagi menggunakan tv frekuensi biasa yang hanya boleh menonton sebilangan kecil channel tv sahaja.

Dengan adanya pakej ini, pihak astro yakin dan percaya mereka yang selama ini senantiasa bermasalah berkenaan channel tv mereka kini berpeluang melanggan Astro dengan pakej siaran yang terbaik & dengan kadar termurah serta channel bersiaran  dalam definisi tinggi.

Pakej Astro termurah ini mengandungi kombinasi serta gabungan channel-chanel terpilih yang disediakan mengikut keperluan pada masa kini seperti tv pendidikan,tv berita,astro prima serta lain - lain channel Berikutnya boleh merujuk dibawah.

Tidak hanya kepada 2 pakej channel termurah sahaja,kepada mereka yang inginkan penambahan channel, mereka boleh menambah bila-bila masa sahaja pakej yg sedia ada,banyak pakej-pakej siaran lain yang telah tersedia yang mana anda boleh melanggan atau menambah dengan hubungi talian astro.

-Astro Family Lite RM21.20 Sebulan
-Astro Family Pack RM42.35 Sebulan


1- ASTRO FAMILY LITE RM21.20 / MONTH
- Promosi terbaru bulanan serendah Rm21.20 termasuk GST
- 33 Saluran tv di sediakan
- Full set decoder percuma termasuk full set dish


2- ASTRO FAMILY PACK-BASIC PAKEJ RM42.35 / MONTH
- Bulanan Serendah Rm 42.35 
- 60 saluran Tv & Radio
- Pendaftaran Tanpa deposit
- Full set Beyond Decoder termasuk full set dish percuma


TATACARA PEMASANGAN DECODER BEYOND / BEYOND PVR.

Sekiranya anda pengguna baru yang first time ingin memasang astro,anda perlu memilih dahulu manakah decoder pilihan yang ingin dipasang kat rumah anda.Samada Decoder Beyond atau Decoder Beyond PVR(boleh record & simpan siaran).Selepas tu pilihla mana pakej terbaik yang anda mahukan.

Decoder Beyond + Family Package

Decoder Beyond PVR + Family Package

Sekiranya anda ingin menambah pakej-pakej siaran lain yang terbaik & anda merasakan menjimatkan boleh rujuk dibawah.


Isnin, 21 Mac 2016

Cara Tunaikan Cek Luar Negara - Bank Malaysia

-Cara tukar & tunaikan cek Amazon ke Bank Tempatan
-Cara tukar & tunaikan cek Clickbank ke Bank Tempatan

Sekiranya anda pemain affiliate amazon,clickbank, semestinya penerimaan komisen yang telah dijana dalam platform tersebut adalah dalam dolar & akan dihantar dalam bentuk cek rumah anda kan.Berlainan dengan platform Adsense yang boleh memilih samada nak dalam bentuk check @ tukaran melalui westerb Union.

Berkenaan dengan cek,Proses untuk nak tukarkan cek luar negara tersebut ke bank tempatan memakan masa lebih kurang sebulan lebih.


Ni contoh cek dari amazon sebanyak Usd 113.08,Clearkan kat Cimb Bank pada 27 Jan15 dan masuk akaun pada 18 Mac15 sebanyak Rm 450.54 setelah tolak caj bank rm10.75.Rate tukaran wang masa ni 1 dollar = Rm4.08

Sebelum tunaikan cek,Anda juga perlu tahu kos yang akan dikenakan setiap Bank untuk proses tukarkan cek  luar negara.Saya sarankan anda memilih Cimb Bank kerana kosnya amat rendah berbanding dengan bank2 yang lain.kalau maybank sekitar Rm25-Rm50.

Gambar kat bawah ni merupakan segala caj yang dikenakan semasa proses pencairan cek di cimb bank.Cimb Bank hanya services charge rm10.75


Ok Bagaimana Nak Clearkan Check tersebut

- Langkah pertama pergi mana-mana bank yang mana anda dah punyai akaun
  dengan bank tersebut contoh Cimb,Maybank,Rhb,PublicBank.Macam
  aku ni,sedia maklum aku dah ada 2 akaun dengan cimb & 2 akaun dengan
  Maybank.

- Lepas tu,Ko pergi terus kat kaunter customer services,Mintak borang untuk
   masukkan cek untuk cek luar negara,xpon amik je borang tu kat
   tempat borang2 yang dah ada kat depan.( BORANG SIMPANAN
   CEK/CHEQUE DEPOSIT).sesetengah bank ada kena mintak borang,
   xsemua borang yang diorang letak kat situ yer,kalau xda,terus
   mintak kat kauter.

- Isi borang cheque deposite tersebut, boleh rujuk gambar dibawah :- pastikan
  segala pengisian borang dari segi perkataan tulisan hendaklah betul & tepat,
  kalau salah xpa jugak,staff bank akan call balik tu pun kalau no phone ko betul
  la.so berhati-hati semasa mengisi borang ye.

- Dah siap isi borang simpanan check,jangan lupa dekat belakang CEK korang
  tu,isi nama penuh dan no ic ko berserta no telefon pada ruangan yang
  disediakan.Penting ye untuk tindakan selanjutya pihak bank sekiranya cek
  anda bermasalah.

- Kemudian Amik no giliran untuk simpanan & tunggu je la yer sampai giliran.

- Sekiranya di dalam bank tersebut dah disediakan cek deposit mesin untuk
   masukan cek,so ko xpayah beratur panjang la,siap isi borang terus masukkan
  cek dalam borang/sampul tu,ko amik salinan untuk ko daripada sampul tu..
  kemudian terus jatuhkan cek bersama sampul tu dalam box mesin tu..kat
  bawah ni ada contoh gambar box mesin cek tu:-


- Lubang yang dibulatkan tu,tempat ko masukkan cek beserta sampul Manakala
   lubang yang dipetakkan colour merah tu plak tempat ko amik resit
   (Detail jam,tarikh korang masukkan cek)

- Settle (Tunggu sebulan untuk duit tersebut masuk ke akaun )



Selasa, 15 Mac 2016

Mesin Kelapa Rosak ?? Jom Repair

Mesin Kelapa Tetiba Jer berhenti, Putaran Mata Mesin Kelapa Slow Xlaju Time Baru Beli Dulu

Assalamualaikum,Entri kali ni,nak berbicara sikit pasal kerosakan mesin kelapa dan cara baikinya.
pernah tak mesin kelapa anda mengalami problem seperti diatas.xpernah kan haha almaklumla zaman duk dibandar sekarang mana mungkin guna pakai mesin sebegini kan,yela selalu beli santan kotak aje kat pasar raya,,xpun beli santan segar kilo jer kat pasar, mesin ni terus dilupakan.

Tapi kalau kat kampung2 mesin ni fames la,hari2 pakai..ada kenduri kendara kat kampung lagi la 4 jam pakai tanpa henti haha.kesian kat mesin kekurangan tenaga.



Kekerapan pengunaan sebeginila menyebabkan berlakunya kerosakan kecil seperti dibawah :-

-Fius Plug Terbakar/Wire Fius Terbakar
-Wire Motor Terputus
-Kapasitor lemah
-Kerosakan Pada Motor
-Wire putus digigit tikus pun ada

Harus diingat,sekiranya berlaku kerosakan sebegini,jangan la anda terus membeli mesin yang baru,cuba repair dulu mana2 kerosakan kecil yang boleh dibaiki,kalau rosak pada motor mesin berbaloila nak beli yang baru..kebanyakan Orang2 tua kita kat kampung kurang pengetahuan bab ni,rosak sikit terus je nak beli yang baru,banyak duit orng kampung ni kan hahaha.

Ok lah sekarng aku tunjukan kerosakan yang perlu dibaiki,tengok kat bawah :-


Masalah Mesin Kelapa Berhenti tiba2

Langkah

1- Check Fius /Wire plug mesin korang tu,yang korang cucuk pada extension.kalau nampak hitam (terbakar) pada wire dalam plug, kasi potong sikit wire tu & set baru la,pasang balik wire tu kasi sama dengan yg asal tdi,pastikan wire biru,merah,hijau berada kedudukan yang betul.

2-Kalau fius dalam plug terbakar plak kasi tukar fius baru la,bawak sample fius kat kedai,cakap nak sma mcm fius ni.Klu fius nilai 13 ampere,beli kasi sama jugakla yer 13 ampere.

3-Kalau korang dah check semua langkah1 & langkah2 berkeadaan elok,check pula kapasitor mesin kelapa..Penyebab utama mesin kelapa slow berputar /berhenti tiba2 adalah berpunca daripada kapasitor lemah disebabkan kekerapan pengunaan mesin.Kapasitor perlu ditukar baru.Cara tukar kapasitor rujuk dibawah,abaikan jam tangan aku tu huhu :-

KLIK PIC UNTUK ZOOM

KLIK PIC UNTUK ZOOM

KLIK PIC UNTUK ZOOM
Selepas pisahkan sambungan wire pada kapasitor daripada motor,korang bolehlah beli kapasitor di mana2 kedai,nilai kapasitor mestilah sama dngan nilai asal lebih kurang nilainya 3 @ 4 microfarad,tunjuk aje sampel kapasitor tu kat kedai,diorang akan kasi sama nilai .Xkisah bentuk kapasitor bulat ke,petak ke,asal nilai sama.Kalau lebih kan terlebih laju plak putaran mata mesin,jammed motor mesin anda,

Next pasangkan kapasitor yang baru,pastikan sambungan wire adalah betul..tapi kebiasaan wire kapasitor xda masalah tiada negatif positif,boleh aje pilih mna2 wire untuk disambungkan pada wire motor mesin.

kemudian,pasangkan cover motor mesin,pastikan tiada geseran kedengaran apabila anda memusing motor mesin.Jangan sampai 3-4 buah jiran anda mendengar mesin kelapa anda akibat geseran kuat motor mesin dengan cover depan..malu plak kan sama kuat dengan enjin helikopter.Adjust kasi bunyi tu smooth je..

Ahad, 24 Januari 2016

Warranty Decoder Beyond - Warranty Adaptor Astro


“Decoder beyond mudah rosak walaupun baru aje dipasang” ..memang ada betulnya pernyataan kat atas tu. Aku pernah mengalaminya walaupun first time installer mai pasang kat umah aku,,,kenapa jadi camtu ea ?? lepas je daripada pasang dan aktifkan , gambar xmuncul2 huhu..tunggu jugakla sampai 2 hari..apa hal bro??

Aku call balik installer yang mai pasang tu & report balik prihal masalah tadi.Selepas menerima penjelasan daripada installer ,barulah aku tahu..Mengikut pengkiraan installer tu kemungkinan masalah yang terjadi berpunca daripada :-

- Decoder mugkin bertindih antara satu dengan yang lain kat tempat penyimpanan store.

- Decoder mungkin terjatuh semasa pemunggahan daripada lori ke logistic (store) dan juga semasa decoder diagihkan kepada installer untuk pemasangan.

- Tempat penyimpanan stock decoder installer mungkin bermasalah menyebabkan decoder terdedah kepada air hujan atau sebagainya.


So.. Decoder Rosak Macam Masalah Aku ni Ada warranty tak ?

First time guna memang sure la ada warranty huhu..so Decoder aku yang rosak tu boleh ditukar yang baru la.Takkan belum sempat guna takleh nak tukar. Alhamdulillah lepas je tukar yang baru,semuanya ok & berfunction baik..berkenaan dengan warranty, aku ada jugakla dimaklumkan yang decoder beyond ni warranty-nya seumur hidup kan,,betul ke? Seumur hidup la sangat..

Kenapa Ada Customer Kena Caj bila Decoder Beyond diorang Rosak ? Contoh Adaptor Rosak baru aje pakai xlebih 1 tahun.

Sebab kerana :-

- Dikenakan caj kerana bilamana Bil Astro bulanan bawah daripada Rm100.Ok selepas ni kena ingatla Setiap aduan kerosakan & service bilamana bil astro kurang Rm100 akan dikenakan Rm53.

- Kalau Bil langganan Astro atas daripada Rm100 palak ,segala kerosakan adalah F.O.C  free of charge.

Kalau rasa2 bil anda bayar bulan-bulan kat astro tu lebih daripada rm100,setiap kerosakan yang anda alami tu, call terus astro tanpa tunggu lama-lama..technician akan datang umah untuk service,service adalah foc.

Sekali Lagi Take Noted Yaa...

Kalau bill bawah Rm100 plak,nak guna services astro sekarng kena bayar Rm53.Nak tukar adaptor beyond,decoder beyond,adjust signal segala apa jenis berkenaan beyond..ya anda akan dicaj Rm53.

Warranty Decoder Njoi

Kepada yang tak tahu lagi status warranty decoder njoi anda boleh rujuk dibawah

Terdapat 3 jenis decoder njoi yang astro keluarkan bermula pada tahun 2013 sehinggalah sekarang:-

  1. Decoder Njoi versi Decoder lama (Silver Refurbish)
  2. Decoder Njoi versi Decoder Beyond terpakai (Beyond Refurbish)
  3. Decoder Njoi versi Baru Beyond Zapper (New)

Status Warranty

1.Silver Refurbish


Decoder Njoi model ni (model lama) pada permulaan tahun pertama lagi tidak mempunyai warranty.Sebarang kerosakan selepas pemasangan oleh installer adalah ditanggung oleh customer .Decoder jenis njoi pada tahun pertama diberi percuma kepada customer terpilih melalui syarat2 tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak astro.

2.Beyond Refurbish

Decoder Njoi model Beyond Refurbish dikeluarkan selepas decoder njoi silver,Sesiapa yang mahukan pemasangan decoder njoi pada waktu ini dikehendaki membayar untuk set njoi & pemasangan. Hanya kos permulaan sahaja dikenakan dan sebarang kos lain seperti bil bulanan adalah percuma..

Warranty untuk decoder ini adalah setahun,sebarang kerosakan berlaku selepas tempoh setahun adalah ditanggung oleh customer.Sekiranya juga Decoder Rosak tamat tempoh warranty,Decoder tidak boleh ditukar baru.

Adalah tanggungjawab customer untuk mecari tempat services untuk membaiki balik decoder tersebut.Sekiranya decoder tidak dapat direpair,jika masih lagi berminat untuk melanggan Njoi,customer dikehendaki mendaftar baru,xpun cari @ beli decoder model sama yang xrosakla,aktifkan balik smartcard & decoder tu,call astro njoi untuk aktifkan.

3.Beyond Zapper (New Njoi


Warranty untuk decoder ini adalah setahun,sebarang kerosakan berlaku selepas tempoh setahun adalah ditanggung oleh customer contoh adaptor rosak,decoder hang,decoder rosak xhidup,Decoder tidak boleh ditukar baru.Kalau nak jugak guna njoi carikan dekoder sama model lepas tu call astro aktifkan balik smartcard dengan decoder yang korang dah carikan tu.

Khamis, 21 Januari 2016

CAJ & KOS PEMASANGAN ASTRO

CAJ PEMASANGAN ASTRO

Berapakah kos pemasangan Astro ni bro??
-Aku baru nak pasang astro
-Kawan aku plak nak pindah rumah jadi dia nak pindahkan sekali la dia punya astro..

Ok Bos boleh rujuk Kos untuk Pemasangan Astro untuk 2 situasi dibawah 
1-     kos pemasangan baru 
2-     kos pemasangan semula Piring astro Kes pindah rumah.(Tanggal & Pasang semula)




Kos Pemasangan Baru

Kalau bro pertama kali nak pasang astro,bro kenala register dulu,pi astro center ker,pasar malam pun boleh bro,belambak team promotion astro kat sana ,boleh jugak on the spot register kat situ,so setelah complete register,seminggu kemudian bro akan dihubungi oleh installer astro,aku rasa mugkin xsempat seminggu kot..Ok installer astro akan bertanyakan pada anda samada bersetuju @ tidak untuk pemasangan Astro kat rumah anda dengan kos pemasangan tunai rm100.

Jika bersetuju pihak installer sepantas mungkin la mendarat dirumah anda dan bertungkus lumus menyiapkan kerja mereka.Bro kena tengok2 perhatikan la skit diorang pasang tu,takut diorang nak cepat nak kejar masa & trip,kabel pun pasang ala kadar,jangan sampai kabel terjuntai dalam rumah dah la macm Rotan dalam hutan.

Pasal collection pembayaran plak Rm100 yang dicollect daripada anda tu merupakan upah untuk kerja pemasangan diorang yang telah ditetapkan oleh pihak astro.

Kalu bro nak tahu sekadar info,Kos pemasangan ada kalanya free tidak dikenakan sebarang caj dan ada kalanya berbayar,Kalu bro nak free, bro kena tunggu time ada hari promosi la.bukannya selalu ada time camni,kena alert la selalu tanya budak2 Astro Sale.Inilah teknik promosi yang astro lakukan untuk menarik lebih ramai penguna-penguna baru untuk melanggang astro.



Kos Pemasangan Semula – Kes Pindah Rumah - Pindah Piring Asto

Sekiranya anda mempunyai kes sebegini ,eloklah anda membuat aduan kepada
pihak astro bagi diorang yang urus dan settlekan

Segala proses tanggal-cabut piring dari rumah asal sehinggalah pemasangan semula complete set, diorang akan buat buat semuanya samada pekerja installer astro atau techinician diorang yang datang buat.

Tiada caj atau kos yang dikenakan kalau masih dalam tempoh warranty.Perkara sebaliknya akan terjadi (dikenakan caj) sekiranya anda jadi mc gywer tanggalkan sendiri piring astro ,set decoder di rumah asal anda dan selapas tiba hari nak pasang balik kat umah baru anda tiba-tiba dah tak tahu plak nak pasang macamana dan terus call pihak Astro meminta bantuan Astro (technician) untuk pemasangan semula.kes sebegini menyebabkan Anda akan dikenakan caj dalam likungan Rm75-Rm100 dipanggil RELOCATE kes

Bagi mereka yang urgent nak cepat bagi kes pemasangan semula piring astro dari satu tempat ke tempat lain anda boleh menggunakan khidmat atau mengupah installer luar atau orang yang berkebolehan untuk menyelesaikan kes kalian.Boleh google je untuk mencari nombor telefon installer astro berhampiran kawasan anda.

Kos upah plak bergantung pada diorang ,diambil kira jarak nak ke tempat pemasangan semula,kos minyak diorang..so kena pandai counting la yer.Tapi biasanya untuk proses adjustment piring astro sahaja,upah diorang dalam RM50,kalau pasang semula piring astro ditambah dengan proses adjustment dish dapatkan signal astro kos anggaran dalam Rm100-Rm150.

Kalau nak jimat kos,anda sendiri tanggalkan dahulu piring astro dirumah lama anda,kemudian pasang semula kat rumah baru pindah.Selepas tu barulah call installer astro untuk adjustment piring astro cari signal sahaja.Anggaran kos dalam rm50-rm60

ASTRO SIGNAL ADJUSTMENT
So Terpulang pada anda nak pilih mana satu, Samada nak buat aduan astro & tunggu sehingga kes pemindahan piring ke rumah baru anda settle @ cabut/tanggal sendiri piring astro & pasang sendiri piring kat umah baru seterusnya upah pula installer luar untuk adjustment dapatkan astro signal.

Selasa, 19 Januari 2016

CARA TOPUP NJOI | BELI TOPUP NJOI


TOPUP NJOI / PRABAYAR NJOI

Apakah prabayar NJOI?

Prabayar NJOI ialah perkhidmatan televisyen satelite prabayar pertama di Malaysia. Pelanggan prabayar NJOI dapat membeli akses kepada rancangan-rancangan tambahan mengikut kehendak dan kemampuan pelanggan. Perkhidmatan bayar dan tonton ini boleh dinikmati oleh semua pelanggan NJOI

* Dengan kata lain,kalau nak tengok channel tambahan kena beli TOPUP/PRABAYAR NJOI,boleh rujuk gambar paling bawah iaitu senarai channel tambahan berbayar untuk pelanggan njoi

Topup Njoi @ Prabayar Njoi boleh didapati di stesen pump minyak,kedai dealer astro,astro insatller etc,7-eleven dapatkan secara online pun boleh jugak google search aje ye..

Nilai Topup ada yang bernilai Rm5,RM10,Rm20..Sama la seakan2 phone topup gitu.Jom Belajar Cara nak Topup Channel,step by step kat bawah ...penuhkan akaun njoi anda dengan nilai topup,baru best nak mengakses channel tambahan kan...Kepada yang first time nak guna prabayar njoi,mula2 nak berjinak2 nak membeli channel ni, kena buat step 1 dulu la yer, jangan terus buat step 2.

Kalau ko dah berjaya melanggan,mengakses channel tambahan buat kali pertama,so kalau nak melanggan lagi selepas ni buat kali kedua,ketiga & seterusnya, bolehlah abaikan step 1 tu .Terus je buat step 2 & step3



CARA TOPUP CHANNEL NJOI GUNA PHONE SMS



IKUTI LANGKAH DIBAWAH 

1) Langkah Pertama: Pengguna Pertama Kali (First Time nak Guna) 
    -Penukaran pin 000000 kepada pin pilihan anda cth;-
    
    TAIP 333 <JARAK>No KP<JARAK>000000 <JARAK>masukkan
     no pin baru 6 digit HANTAR KE 33310
     ** No KP semasa daftar akaun njoi**

    Abaikan Step Diatas Jika anda Dah pernah Buat,Terus aje ke Step2

2) Langkah Kedua : Tambah Nilai (Topup Balance Sedia Ada)

    TAIP 111<JARAK>NO KP<JARAK>NO PIN 16 DIGIT HANTAR KE  33310

3) Langkah Ketiga : Pilih Saluran (Masukkan Kod Saluran Pilihan Anda)
    Boleh Rujuk Senarai Kod Saluran Dibawah

    TAIP 222<JARAK>NO KP<JARAK>NO PIN 6 DIGIT<JARAK>KOD 
    SALURAN HANTAR KE 33310

4) Sila tunggu pengesahan pembelian.

***Jika anda mempunyai lebih daripada SATU akaun NJOI,sila guna nombor 
'Smart Card' dan bukan No KP anda.***

CARA SEMAK BAKI TOPUP NJOI

- Taip 000 [ jarak ] No IC
- Contoh : 000 890429115467 SMS ke 33310


KOD SALURAN CHANNEL NJOI

CLICK TO ZOOM

Isnin, 18 Januari 2016

Cara Batalkan Pakej Langganan Astro



Langkah Batalkan Langganan Pakej Astro

Masalah :-

- Tersalah Langgan Channel Astro / Tersalah pilih pakej Astro
- Boring Tengok Siaran Sama je Berulang Nak Unsubscribe channel
- Pertukaran Pakej Siaran

1. Telefon Customer Service Astro
Dulu diorang pakai nombor bebas tol 1 300 82 3838. Sekarang nombor tu diorang tak pakai dah. Kena telefon nombor customer service Astro yang baru 03 9543 3838.

2. Pilih Bahasa

3. Pilih Langkah Seterusnya Press 4

Tekan 1 - Reconnection/Pemasangan semula
Tekan 2 - Bill and Payment/ Bil dan Pembayaran
Tekan 3 - Technical Assistance and Installation/ Bantuan Teknikal dan Pemasangan
Tekan 4 - Package, Product and Service/ Pakej, Produk dan Servis Tekan 5 - GST Related Enquiries

Cara unsubscribe package Astro

Astro Contact – 03 9543 3838 (8:00 am – 12midnight) Korang boleh call Astro Customer Services & cakap saja package mana yang ko tak nak,nasihat aku,kalau setiap kali ko tengok tv ,setiap hari,setiap minggu,setiap bulan siaran sama asyik ditayangkan berulang-ulang,so lebih baik ko unsubscribe saja pakej tu,dah naik boring tengok cerita sama berulang.

Nak batal pakej tu,sebelum call tu,ko sediakan dulu nombor akaun astro. Kalau Astro ko register atas nama orang lain ( contoh daftar atas nama akak ke, suami atau makayah ko ke) dapatkan nombor kad pengenalan mereka.Mudah nak settlekan  proses UNSUBSCRIBE nanti.

Nak upgrade pakej macamana plak ??

Nak upgrade pakej dan unsubscribe pakej adalah berbeza step dia.Nak upgrade package boleh buat online tapi nak unsubcribe kena melalui telefon. Proses ini akan dikenakan charge RM10.60 termasuk gst. Tak sampai 30 minit, channel yang kita unsubscribe tersebut akan hilang dari kaca TV. Sekejap aje pun kena bayar RM10.60!

Jom kita tengok Persoalan Dibawah :-

Adakah dikenakan yuran terhadap pertukaran pakej sedia ada saya?

a. Ya, yuran pertukaran sebanyak RM10.60 akan dikenakan (sekali selepas anda membuat pertukaran pakej) jika caj langganan selepas pertukaran adalah sama atau lebih rendah daripada langganan anda sebelum pertukaran pakej.

b. Tidak, tiada yuran dikenakan sekiranya anda hanya membuat penambahan mana-mana pakej termasuk Pakej Plus terhadap langganan sedia ada anda. (Nota: Caj langganan selepas pertukaran pakej adalah lebih tinggi daripada langganan sebelum pertukaran pakej).

Astro Memperkenalkan Pakej Mustika,Bagaimana Nak melanggan Pakej ni?

Anda boleh melanggan pakej baru ini melalui pelbagai struktur pakej sedia ada. Had kemasukan minimum pakej adalah:

a. Pakej Keluarga :
    Pakej Keluarga (RM37.95) + Mustika (RM12.95) = RM50.90

Mengapa Astro mengenakan caj lebih untuk pek baru ini?

Anda memiliki pilihan untuk melanggan pakej baru ini hanya jika anda berhajat untuk menonton program-program yang terdapat di dalam saluran pakej baru ini.

Astro telah mempakejkan saluran-saluran baru ini dan mengenakan caj ke atasnya kerana saluran-saluran ini memiliki kandungan yang bernilai premium. Mustika ditawarkan pada harga RM12.95 kerana melihatkan kepada pelaburan yang telah digunakan demi mendapatkan bermacam-macam program premium dan blockbuster dari dalam dan luar Negara. Kepelbagaian genre yang bermula daripada filem hinggalah komedi yang ditawarkan melalui kesemua tiga saluran (Citra, Warna dan Bella) dalam satu pakej juga perlu diambil kira.

Sedang kami terus berkembang dan menambah baik perkhidmatan, kami berhasrat agar pelanggan kami dapat menikmati dan mengalami kepelbagaian serta keluasan perkhidmatan yang kami tawarkan, selain memastikan keputusan yang berasas dalam menentukan pakej yang bersesuaian dengan selera dan kemampuan mereka.

Kenapa Bella dimasukkan ke dalam pakej Mustika dan bukan pakej yang lebih ditawarkan untuk masyarakat India?

Pakej Mustika diwujudkan dengan hasrat untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan lebih banyak pilihan berkualiti dan kepelbagaian dalam hiburan umum. Kami ingin menawarkan kandungan dan genre program yang lebih relevan dan menarik minat setiap ahli keluarga.

Seperti yang ditunjukkan oleh kajian yang dijalankan, filem Bollywood mendapat permintaan popular di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia yang sering menginginkan filem-filem blockbuster terkini Bollywood. Hasil daripada kajian tersebut, kami menawarkan saluran ini di dalam pakej Mustika demi kepuasan menonton rakyat Malaysia keseluruhannya.