PERALATAN ASTRO

Selasa, 15 Mac 2016

Mesin Kelapa Rosak ?? Jom Repair

Mesin Kelapa Tetiba Jer berhenti, Putaran Mata Mesin Kelapa Slow Xlaju Time Baru Beli Dulu

Assalamualaikum,Entri kali ni,nak berbicara sikit pasal kerosakan mesin kelapa dan cara baikinya.
pernah tak mesin kelapa anda mengalami problem seperti diatas.xpernah kan haha almaklumla zaman duk dibandar sekarang mana mungkin guna pakai mesin sebegini kan,yela selalu beli santan kotak aje kat pasar raya,,xpun beli santan segar kilo jer kat pasar, mesin ni terus dilupakan.

Tapi kalau kat kampung2 mesin ni fames la,hari2 pakai..ada kenduri kendara kat kampung lagi la 4 jam pakai tanpa henti haha.kesian kat mesin kekurangan tenaga.



Kekerapan pengunaan sebeginila menyebabkan berlakunya kerosakan kecil seperti dibawah :-

-Fius Plug Terbakar/Wire Fius Terbakar
-Wire Motor Terputus
-Kapasitor lemah
-Kerosakan Pada Motor
-Wire putus digigit tikus pun ada

Harus diingat,sekiranya berlaku kerosakan sebegini,jangan la anda terus membeli mesin yang baru,cuba repair dulu mana2 kerosakan kecil yang boleh dibaiki,kalau rosak pada motor mesin berbaloila nak beli yang baru..kebanyakan Orang2 tua kita kat kampung kurang pengetahuan bab ni,rosak sikit terus je nak beli yang baru,banyak duit orng kampung ni kan hahaha.

Ok lah sekarng aku tunjukan kerosakan yang perlu dibaiki,tengok kat bawah :-


Masalah Mesin Kelapa Berhenti tiba2

Langkah

1- Check Fius /Wire plug mesin korang tu,yang korang cucuk pada extension.kalau nampak hitam (terbakar) pada wire dalam plug, kasi potong sikit wire tu & set baru la,pasang balik wire tu kasi sama dengan yg asal tdi,pastikan wire biru,merah,hijau berada kedudukan yang betul.

2-Kalau fius dalam plug terbakar plak kasi tukar fius baru la,bawak sample fius kat kedai,cakap nak sma mcm fius ni.Klu fius nilai 13 ampere,beli kasi sama jugakla yer 13 ampere.

3-Kalau korang dah check semua langkah1 & langkah2 berkeadaan elok,check pula kapasitor mesin kelapa..Penyebab utama mesin kelapa slow berputar /berhenti tiba2 adalah berpunca daripada kapasitor lemah disebabkan kekerapan pengunaan mesin.Kapasitor perlu ditukar baru.Cara tukar kapasitor rujuk dibawah,abaikan jam tangan aku tu huhu :-

KLIK PIC UNTUK ZOOM

KLIK PIC UNTUK ZOOM

KLIK PIC UNTUK ZOOM
Selepas pisahkan sambungan wire pada kapasitor daripada motor,korang bolehlah beli kapasitor di mana2 kedai,nilai kapasitor mestilah sama dngan nilai asal lebih kurang nilainya 3 @ 4 microfarad,tunjuk aje sampel kapasitor tu kat kedai,diorang akan kasi sama nilai .Xkisah bentuk kapasitor bulat ke,petak ke,asal nilai sama.Kalau lebih kan terlebih laju plak putaran mata mesin,jammed motor mesin anda,

Next pasangkan kapasitor yang baru,pastikan sambungan wire adalah betul..tapi kebiasaan wire kapasitor xda masalah tiada negatif positif,boleh aje pilih mna2 wire untuk disambungkan pada wire motor mesin.

kemudian,pasangkan cover motor mesin,pastikan tiada geseran kedengaran apabila anda memusing motor mesin.Jangan sampai 3-4 buah jiran anda mendengar mesin kelapa anda akibat geseran kuat motor mesin dengan cover depan..malu plak kan sama kuat dengan enjin helikopter.Adjust kasi bunyi tu smooth je..