Semakin lama semakin perlahan kipas berpusing walaupun kelajuan dah dilaraskan pada level maksimum.Adakalanya kipas tidak berpusing terus,kejap berpusing dan kejap tidak dan adakalanya juga terpaksa pusing dahulu bilah kipas tersebut menggunakan penyapu bagi kipas siling selepas tu barulah berpusing macam biasa.
Adakah anda dah alami situasi diatas ??kalau ya, tanpa berlengah lagi disini saya akan jelasakan kenapa masalah-masalah diatas terjadi dan apakah yang anda perlu lakukan bilamana berada dalam situasi diatas.
kenapa kipas berpusing perlahan
Disebabkan masalah kapasitor pada kipas tersebut,biasanya nilai kapasitor untuk menggerakkan kipas siling termasuk juga kipas meja adalah 2 uf.Untuk pengetahuan anda,apabila berlaku pengurangan atau susut nilai pada kapasitor maka masalah kipas berpusing perlahan akan berlaku,jika masalah ini berlarutan kapasitor akan membengkak sehingga kipas akan berhenti berfungsi.
Adakah kipas masih boleh dibaiki ?
Ya boleh dibaiki,hanya menggantikan sahaja kapasitor yang baru,Kapasitor yang hendak digantikan itu hendaklah sama nilai dengan nilai uF kapasitor pada kipas asal anda.Boleh rujuk nilai tersebut pada badan komponen kapasitor.
Penggunaan kapasitor yang melebihi nilai uF pada yang asal boleh menyebabkan kipas berpusing lebih laju yang mana motor kipas menjadi lebih panas menyebabkan gegelung motor pada kipas mengalami kerosakan.
Dimana nak dapatkan kapasitor
Kapasitor boleh didapati di kedai hardware,kedai elektrik,kedai elektronik,termasuk juga pasaraya mydin/giant.Pastikan anda membeli kapasitor yang lebih berkualiti dan terjamin untuk penggunaan yang lebih lama.Anda jangan terpedaya dengan lambakkan barang/sparepart daripada cina.
Pengunaan kapasitor berkualiti rendah lazimnya akan cepat berlaku susut nilai kapasitor.
Nasihat saya bagi anda yang ingin membaikpulih sendiri kipas dan peralatan yang melibatkan elektrik,berhati-hatilah semasa mengendalikannya.Pastikan papan suis agihan/suis utama ditutup terlebih dahulu sebelum kerja dilakukan.

Tiada ulasan :
Catat Ulasan