PERALATAN ASTRO

Selasa, 13 Oktober 2015

Salinan Surat/Maklumat Perniagaan Selepas Mendaftar



Semasa Mendaftar Lesen Perniagaan anda di kaunter SSM..Anda akan dikenakan bayaran sebanyak Rm70 bagi pendaftaran niaga atas nama, Tred@ nama pilihan anda,dan Rm30 dikenakan bagi pendaftaran niaga atas nama sendiri mengikut IC.

Camni ye Kalau letak nama perniagaan anda yang best-best contoh "Starlight Component" ,Mikro Elektronik,Teguh jaya Enterprise dan seumpamanya bayaran dia tinggi sikit..Kalau letak nama sendiri mengikut nama dalam ic contoh "Mohd Fizie Enterprise" bayarannya pulak murah la.Anda boleh membuat pilihan la samada nak letak salah satu diatas Tred @  Nama sendiri.Nasihat aku la,kalau nak murah sepanjang tahun,elok buat atas nama sendiri la.Bayaran perbaharui xlebih rm30 setahun kan hehe.

Ohh lupa aku nak kasi tahu, dalam proses duk mengisi borang nak bukak akaun perniagaan tu,ada satu part dalam borang tu yang bertanyakan jenis perniagaan yang dijalankan.So part ni ko isila banyak2 jenis-jenis perniagaan & yang ko rasa penting,cth niaga online ke,pasang signboard,dobi,mesin rumput,jual keropok ke

Sebabnya sebarang penambahan maklumat perniagaan selepas selesai pendaftaran akan dikenakan caj,misalnya ko nak tambah jenis perniagaan plak coz ko nak jual budu,ok penambahan maklumat sebegini akan dikenakan caj sebanyak rm20.Mahal kan,so tu la,sepatutnya awal-awal lagi time isi borang nk bukak perniagaan tu ko kena alert  banyakkan isi jenis perniagaan yang ko nak jalankan sekarang atau perniagaan akan datang.

Ok sambung pasal yang atas tadi, selepas pendaftaran siap dan bayaran pun dah settle,ko akan menerima satu invoice daripada Staff di kaunter SSM  tersebut..Jangan terus pulang ya selepas menerima invoice tu,invoice tu hanya bukti pembayaran pendaftaran,anda perlu menunggu 1 jam lagi untuk staff SSM menyiapkan & print out sepenuhnya surat akuan pendaftaran.

Penting ke Surat Akuan Pendaftaran tu ??

Ya surat ini amat penting untuk anda terutama dalam proses untuk membuka akaun bank perniagaan anda.tanpa surat ini,anda xboleh membuka akaun perniagaan,so nak xnak memang kena pi amik dulu la dekat SSM.Pihak bank tidak sesekali menerima Invoice pembayaran @ surat lain melainkan surat akuan pendaftaran tersebut.

Bukan itu sahaja,penting juga bagi ko,sekiranya pihak berkuasa tempatan yang tiba-tiba datang ke kedai ko atau datang ke rumah ko sekiranya ko ONLINE SHOP untuk check lesen perniagaan,stock barang ko.Sah ke ko berniaga ni,So ko boleh tunjukkan kan surat akuan pendaftran tu ok.

kat bawah ni merupakan satu contoh SURAT AKUAN PERNIAGAAN boleh tampal kat kedai- kedai ye :-)



Terdapat 3 keping surat akuan perniagaan yang akan diberi kepada anda,selepas 1 jam nama anda akan dipanggil untuk penganugerahan sijil atau surat perakuan perniagaan ini,kalau xnak amik lagi pn xpe,pihak SSM akan poskan surat tersebut mengikut alamat surat menyurat yang telah anda daftarkan mungkin 5 hri selepas pndaftaran..Bagi yang mendaftar perniagaan melalui internet,pihak SSM akan menghantar surat perakuan tersebut melalui emel,dan boleh terus print out.

Buat pengetahuan ko,surat akuan pendaftaran perniagaan ni ada jugak tempoh expired dia,jangan plak lupa nak continue date,perbaharui tiap2 tahun ye.Aku kebiasaanya tempoh perbaharui perniagaan lesen adalah setahun,boleh jugak ko nak perbaharui 2 tahun terus,bayaran bergantung pada masa mula-mula ko daftar.

Ko boleh buat pilihan tempat nak perbaharui lesen ni,kat bank Bsn pun boleh,dekat center ssm pn boleh jugak,terpulang ye.Kalau kat bsn tu,kena tulis menulis borang la sikit hehe ;-),nak borang cakap kat guard bsn nk borang sambung lesen perniagaan. Jangan lupa bawak salinan asal untuk memperbaharui lesen perniagaan.