PERALATAN ASTRO

Isnin, 8 Jun 2015

Masalah-Problem Nak Tukar Chanel

Susahnye nyer nak tukar channel astro ni,tekan channel lain keluar plak channel lain..ada kala tekan button remote,banyak kali plak berkelip- kelip led merah tu,lembap plak tu nak keluar "INFO"..Remote atau decoder yang bermasalah ni ??

Mungkin anda mengalami masalah sama kat atas kan ?

Ok masalah ni boleh berlaku pada mana2 Decoder astro dibawah,Yang pastinya mungkin remote anda bermasalah

Decoder Astro Yang Versi Lama-Astro Njoi
Decoder Astro Beyond-Beyond Pvr-Beyond zapper

Cara nak kenal pasti masalah..

1.Check remote anda dahulu samada bateri lemah atau x..Sekiranya bateri remote lemah, apabila
Button Remote ditekan akan keluarla xtentu hala,tekan A keluar B tekan B keluar C..So anda perlu alert senantiasa, sekiranya berlaku perkara sedemikian maka tukarkanla remote anda itu dengan bateri baru.Tak kira la remote anda tu Remote Beyond ka ataupun Remote Model Lama sama aje masalahnya.

2.Untuk remote beyond khasnya,kalau rasa batteri remote baru lagi ditukar tetapi masalah sama jugak masih berulang, Cuba set semula remote anda dengan berpandukan disini - mungkin Remote Beyond anda perlu DISETTING semula.Cara SET REMOTE ASTRO BEYOND rujuk bahagian "Permasalahan"

3.Ok satu lagi perkara penting yang perlu diberi perhatian disini. Sesetengah Decoder, apabila terpasang lama mungkin akan jadi "Hang" sekejap kan, xleh nak read apa yang kita arahkan melalui remote control..anda perlu menarik keluar smartcard astro anda dan kemudian masukkan kembali.Boleh juga anda "Bootkan" balik decoder anda swicth off plug decoder lepas tu swicth on balik..try test remote anda. 

4.Kalau katakan perkara sama masih jugak berlaku walaupun 3 perkara diatas dah anda lakukan,boleh saya katakan DECODER ASTRO ANDA BERMASALAH. Jom kita check Decoder bahagian dan part mana bermasalah,Kebiasaannya yang selalu terjadi sedemikian adalah berpunca daripanda Front Panel Decoder.

5.Pada board Front Panel terdapat satu sensor yang menerima / mengesan setiap signal frekueansi daripada remote anda yang anda duk tekan2 tu sensor ini lah yang menerima maklumat tu.Board ini selalu nya bermasalah.Perhatikan gambar dibawah,sy amik contoh part/Front panel decoder model lama yer.

6.Untuk Decoder berfungsi kembali normal seprti biasa,sensor hendaklah ditukar baru (hitam)

DECODER NOKIA 850


Front Panel Decoder Nokia 850

Sensor berada paling kiri (Hitam) Perlu diganti Baru

Board Front Panel


3.Masalah ini juga pernah berlaku pada decoder-decoder model lain .Jalan penyelesaian nyer adalah tukar aje board Front Panel yang baru..settle masalah.Sekiranya terjadi pada decoder beyond pula,terus tukar aje decoder tu,call astro buat report diorang akan ganti dengan decoder yang baru.kalau warranty 1-2 tahun ada lagi, penukaran decoder kepada yang baru dikira free ajela,begitu juga kalau bil astro korang yang duk bayar bulan2 tu lebih daripada rm100,penukaran decoder adalah F.O.C.

Sebaliknya terjadi,dimana anda akan dikenakan bayaran sebanyak rm50 untuk penukaran decoder rosak kepada decser yang baru, disebabkan tempoh warranty dah expired,bil bulanan pulak dibawah rm100.