PERALATAN ASTRO

Selasa, 30 Jun 2015

Contoh Surat Permohonan Gaji

Dah di interview majikan , tapi xconfirm lagi kerja dapat ke xlagi.. pelik bukan !! huhu.Katanya submit surat permohonan gaji dulu ok...ada jugak ke majikan macam ni ye,xboleh ke  pasal gaji ni bincang terus dalam interview tadi..Setahu aku,normally majikan,syarikat swasta,gov xtermasuk la dimana setiap interview dihadiri calon,semua detail termasuk isu sensitif (isu pasal gaji) akan disoaljawab dalam tu kan..

Situasi sekarang sebaliknya Keputusan interview xtahu lagi alih-alih kena buat surat permohonan permulaan gaji dulu.Nak test penulisan surat menyurat aku ke apa ni huhu..Nak xnak So kena buat jugak la Surat Permohonan Gaji adoii..nah kat bawah ni merupakan satu contoh surat permohonan gaji yang aku dah buat.

Nak tiru,nak ubah ko punyer suka la. semoga bermanfaat untuk rujukan..surat ni aku yang buat tuk kakak aku punyer yang pi interview tempoh hari tetapi bakal majikan tu xcakap sepatah haram pasal gaji...kak aku pun pelik jugak kenapa majikan ni xsentuh langsung pasal gaji,lupa ke apa..last2 dah hbs interview je suruh dibuat surat permulaan gaji..

1 hari kemudian...

So dah siap buat surat, terus emelkan ..4 jam kemudian..tit ..tit  bunyi emel masuk
Approve terus majikan dengan permohonan gaji yang tertulis dalam surat tu dan buat pengetahuan kalian kak aku sekarang dah mula start bekerja,berkerja kat mana,syarikat mana tu aku xboleh bagitahu la privacy sikit.

So kat sini nasihat aku,kalau korang nak buat surat permohonan gaji,dalam surat tu ko tulisla bahagian gaji tu up sikit ;-) jangan rendah sangat.mungkin ko akan menyesal dikemudian hari.yelah kalau katakan ko letak gaji rendah,majikan ko approved dengan kadar gaji tu,tak ke bermain kat fikiran ko..'kenapa aku mintak gaji rendah,kalau letak tinggi sikit kan bagus'  haa x ke menyesal nama tu huhu..

So berpada-pada la berkenaan permohonan gaji tu,janganla plak mintak tiggi sangat,rendah sangat pun jangan.Ikut level ko la,kalau ada pengalaman,ada high education,fasih berbahasa tu merupakan satu bonus buat korang.

Jangan sampai pasal gaji,majikan cancel ko punya peluang pekerjaan.Alih-alih dah nak amik ko bekerja dekat company dia,last2 pasal gaji xboleh counting,, ko terlepas jawatan dan peluang..so sekali lagi pesanan aku, berpada-pada la pasal gaji ,ikut level & padanan dengan quality ada pada ko & amik kira juga kos hidup zaman sekarang terutama hidup di kawasan bandar.

Contoh Surat Permohonan Permulaan Gaji

Ok kat atas tu merupakan surat permohonan permulaan gaji yang aku dah buat,So Detail-detail, alamat,nama tu aku dah ubah semua,,format surat aku xubah..kalau ko ada situasi sama macam kak aku,ko boleh amik surat ni sebagai rujukan.

Kerja Adalah Satu Ibadah & Amanah 

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk
Allah, Tuhan semesta alam” (Surat Al-An'aam ayat 162)

Konsep kerja, ibadah dan amanah adalah merupakan tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan yang dilakukan oleh seseorang untuk mencari keredhaan Allah SWT. Ia berkaitan dengan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan, halal dan haram, syurga atau neraka. Di antara ciri-ciri pekerja dan pekerjaan yang dianggap sebagai ibadah adalah:-

· Pekerjaan yang disertakan dengan niat mendapat keredhaan Allah;

· Pekerjaan itu mestilah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syarak;

· Tidak meninggalkan perkara-perkara wajib seperti solat.

· Menghasilkan kerja yang berkualiti.

· Dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh;

· Berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab;

· Menghindarkan diri dari perasaan riak, (menunjuk-nunjuk), ingin dipuji dan terkenal sebagai orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut sebagai ahli ibadah oleh orang ramai, suka berbangga dengan memberitahu kepada orang lain akan amal kebajikannya dan menghindarkan diri dari merasa bangga kerana ia telah banyak berbuat kebajikan dan amal ibadah.