PERALATAN ASTRO

Decoder Beyond



Decoder  Astro Beyond

Assalamualaikum,

Pada permulaan topik , elok kita berbicara pasal strategi dan produk terbaru Astro,ok..seperti korang tahu, sedar ataupun xsedar Astro sekarang ni sedang rancak mempromosikan pakej terbaru mereka iaitu pakej Astro Beyond..lihat saja di media elektronik,supermarket,pasar raya bahkan pasar malam jugak dijadikan tempat untuk mereka menjalankan kerja2 promosi mereka..

Apa itu Astro Beyond ?

Astro Beyond adalah perkhidmatan TV Berdefinisi Tinggi pertama Malaysia . Dilancarkan oleh Astro pada 11 Disember 2009.Pelanggan yang mahukan rancangan tv yang lebih jelas dan gambar siaran lebih berkualiti, ya benar ..Astro beyond HD la jawapannya.

Setiap pelanggan yang berminat mahukan perubahan baru dalam channel tv mereka,hendaklah mengupgrade decoder lama mereka kepada Decoder Beyond Hd dimana pendaftaran boleh dibuat melalui astro center berdekatan atau outlet-outlet astro,bahagian sales astro atau melalui talian astro.

Semua set lama seperti Piring astro ,astro kabel,set decoder lama akan ditukar kepada yang baru,apabila anda melanggan set beyond decoder.

Syarat pemasangan Astro Beyond HD Channel 

Mana-mana yang dah punyai akaun astro  sebelum ni, dah pasang astro,boleh upgrade aje decoder lama anda kepada decoder beyond.Bagi yang nak mendaftar baru pula,boleh direct merujuk pihak astro.

Bagi mereka yang nak melanggan Hd beyond syarat pertama ,mestilah mempunyai tv lcd,led yang mempunyai sambungan hd kabel daripada decoder ke tv..Sekiranya tiada tv yang mempunyai sambungan HD,dinasihatkan anda tidak melanggan HD beyond.

Anda diberi pilihan samada nak memasang set Decoder Beyond sahaja atau set Decoder Beyond HD.

Langganan Siaran Dalam HD  kena bayar atau free.

Bagi pelanggan yang mendaftar baru untuk Decoder Beyond,anda diberi tempoh 1 tahun percuma untuk HD channel,selepas 1 tahun tempoh percubaan,anda diberi pilihan samada nak teruskan channel anda dalam HD atau tak.Jika terus nakkan Siaran dalam Hd,anda akan dikenakan yuran langganan sebanyak rm20 setiap bulan dikreditkan bersama bayaran bulanan astro anda.

Bagi pelanggan yang upgrade pula daripada decoder lama ke decoder beyond,tempoh percubaan siaran HD tidak diberikan,Sebaliknya,jika nakkan siaran dalam HD,semasa pendaftran tu ,boleh terus registerkan untuk langganan HD.Bayaran langganan Hd dikenanakan setiap bulan Rm20

Untuk pengetahuan korang Astro memperkenal 2 model Decoder beyond iaitu :

- Astro Decoder Beyond
- Astro Decoder Beyond PVR (Boleh Record)

Decoder Terbaru 2013
- Njoi
- Astro Decoder Beyond Zapper

Kat bawah ni merupakan senarai kerosakan Decoder Beyond,Sekiranya berlaku sebarang kerosakan seperti dibawah,so cepat-cepatla call astro,sementara dalam tempoh warranty & free of charge setiap kerosakan untuk tahun pertama.

Mengenal pasti kerosakan decoder anda,sila rujuk dibawah,decoder anda selalunya memaparkan paparan seperti berikut,

Jenis kerosakan yang biasa berlaku :-

1) SCNA -service currently not availabe

- Sattelite cable pada port longgar.
- Odu(Piring astro beralih daripada kedudukan asal) low signal.
- Lnb rosak(Penerima isyarat satelite).
- Cable rosak.

Penyelesaian :
* Buat adjusment Odu(piring) @ Tukar Lnb

2) Decoder Hang
Kebiasaanya decoder beyond akan menjadi hang pada satu2 masa,ada kemungkinan decoder tersebut rosak @ sebaliknya.

Penyelesaian:
*Reset semula decoder
*Sekiranya masalah masih lagi sama Tukar decoder baru (under warranty)

3) Dmt show ---I---
Ini membawa petanda bahawa Astro Signal low

Penyelesaian :
*Buat adjusment odu(piring astro)
*Untuk mendapatkan kualiti signal yang bagus,tukar LNB baru.

*Terdapat juga kes kabel signal rosak yang menyebabkan signal
menjadi low dan perlu diganti baru,kes kurang berlaku

4) Please insert smartcard

- Petunjuk kepada kerosakkanSmartcard (kekerapan berlaku)Decoder rosak

Penyelesaian :
*Tukar smartcard services center berdekatan/tukar decoder baru

P/S :-

Untuk sebarang pertukaran decoder baru @ sebarang kerosakan astro beyond,aduan hendaklah diajukan terus pada astro services center.Setelah aduan dibuat dalam tempoh 48 jam technician akan terus ke rumah untuk proses repairing.Kerosakan astro beyond masih lagi under warranty sehingga kini.So dont worry..