PERALATAN ASTRO

Selasa, 16 Mei 2017

Kenapa Kipas Semakin Perlahan Berpusing

Semakin lama semakin perlahan kipas berpusing walaupun kelajuan dah dilaraskan pada level maksimum.Adakalanya kipas tidak berpusing terus,kejap berpusing dan kejap tidak dan adakalanya juga terpaksa pusing dahulu bilah kipas tersebut menggunakan penyapu bagi kipas siling selepas tu barulah berpusing macam biasa.

Adakah anda dah alami situasi diatas ??kalau ya, tanpa berlengah lagi disini saya akan jelasakan kenapa masalah-masalah diatas terjadi dan apakah yang anda perlu lakukan bilamana berada dalam situasi diatas.

kenapa kipas berpusing perlahan

Disebabkan masalah kapasitor pada kipas tersebut,biasanya nilai kapasitor untuk menggerakkan kipas siling termasuk juga kipas meja adalah 2 uf.Untuk pengetahuan anda,apabila berlaku pengurangan atau susut nilai pada kapasitor maka masalah kipas berpusing perlahan akan berlaku,jika masalah ini berlarutan kapasitor akan membengkak sehingga kipas akan berhenti berfungsi.

Adakah kipas masih boleh dibaiki ?

Ya boleh dibaiki,hanya menggantikan sahaja kapasitor yang baru,Kapasitor yang hendak digantikan itu hendaklah sama nilai dengan nilai uF kapasitor pada kipas asal anda.Boleh rujuk nilai tersebut pada badan komponen kapasitor.

Penggunaan kapasitor yang melebihi nilai uF pada yang asal boleh menyebabkan kipas berpusing lebih laju yang mana motor kipas menjadi lebih panas menyebabkan gegelung motor pada kipas mengalami kerosakan.

Dimana nak dapatkan kapasitor

Kapasitor boleh didapati di kedai hardware,kedai elektrik,kedai elektronik,termasuk juga pasaraya mydin/giant.Pastikan anda membeli kapasitor yang lebih berkualiti dan terjamin untuk penggunaan yang lebih lama.Anda jangan terpedaya dengan lambakkan barang/sparepart daripada cina.
Pengunaan kapasitor berkualiti rendah lazimnya akan cepat berlaku susut nilai kapasitor.

Nasihat saya bagi anda yang ingin membaikpulih sendiri kipas dan peralatan yang melibatkan elektrik,berhati-hatilah semasa mengendalikannya.Pastikan papan suis agihan/suis utama ditutup terlebih dahulu sebelum kerja dilakukan.


Isnin, 15 Mei 2017

kenapa phone tak boleh login cimbclick maybank2u

Pernahkah anda mengalami masalah diatas,phone,smartphone ,tab anda tidak boleh nak login perbankan internet.

Masalah terjadi disaat anda dah memasukkan user id dan password yang betul tetapi masih lagi berstatus wrong user id /password bilamana button login diklik.Begitu juga dengan "secure word" sentiasa salah

Sebelum ni saya juga pernah mengalami situasi sama macam kat atas,lazimnya saya gunakan smartpnone untuk urusan pembelian dalam talian yang menjadi masalahnya sejak bertukar kepada smartphone baru munculah masalah diatas dah banyak kali cuba masukkan user id yang betul tetapi "secure word" masih keluar yang salah.Apa kes ni,,phone aku bermasalahkah atau masalah maybank2u aku ni ??

Untuk penyelesaian masalah,aku cuba login maybank2u aku menggunakan platform lain,kali ini aku gunakan laptop pula.Setelah mencuba alhamdulillah ianya berfungsi dengan baik,dah boleh login seperti biasa.Kesimpulan awal yang boleh aku buat adalah phone aku ni bermasalah untuk login perbankan internet.kat mana salahnya ??

Ok anda semua tak perlu bimbang tentang masalah diatas,disini ada jalan penyelesaianya setelah saya mencuba beberapa kaedah.Untuk pengetahuan anda,masalah ini terjadi disebabkan masalah ketidakserasian keyboard pada phone.Dengan kata lain,anda perlu menukar keyboard phone anda kepada versi lain.Sebab daripada itulah,saat id user/password di masukkan keputusannya sentiasa salah.

Cara menukar versi keyboard

- Setting
- Language & input
- Keyboard & input methods (pilih versi keyboard)

Sekiranya phone anda tidak mempunyai banyak pilihan keyboard,Anda juga boleh mendownload versi keyboard pilihan melalui platform playstore.Selesai mendownload,anda bolehla mencuba keyboard baru tersebut login perbankan internet anda.

selamat mencuba.