PERALATAN ASTRO

Ahad, 24 Januari 2016

Warranty Decoder Beyond - Warranty Adaptor Astro


“Decoder beyond mudah rosak walaupun baru aje dipasang” ..memang ada betulnya pernyataan kat atas tu. Aku pernah mengalaminya walaupun first time installer mai pasang kat umah aku,,,kenapa jadi camtu ea ?? lepas je daripada pasang dan aktifkan , gambar xmuncul2 huhu..tunggu jugakla sampai 2 hari..apa hal bro??

Aku call balik installer yang mai pasang tu & report balik prihal masalah tadi.Selepas menerima penjelasan daripada installer ,barulah aku tahu..Mengikut pengkiraan installer tu kemungkinan masalah yang terjadi berpunca daripada :-

- Decoder mugkin bertindih antara satu dengan yang lain kat tempat penyimpanan store.

- Decoder mungkin terjatuh semasa pemunggahan daripada lori ke logistic (store) dan juga semasa decoder diagihkan kepada installer untuk pemasangan.

- Tempat penyimpanan stock decoder installer mungkin bermasalah menyebabkan decoder terdedah kepada air hujan atau sebagainya.


So.. Decoder Rosak Macam Masalah Aku ni Ada warranty tak ?

First time guna memang sure la ada warranty huhu..so Decoder aku yang rosak tu boleh ditukar yang baru la.Takkan belum sempat guna takleh nak tukar. Alhamdulillah lepas je tukar yang baru,semuanya ok & berfunction baik..berkenaan dengan warranty, aku ada jugakla dimaklumkan yang decoder beyond ni warranty-nya seumur hidup kan,,betul ke? Seumur hidup la sangat..

Kenapa Ada Customer Kena Caj bila Decoder Beyond diorang Rosak ? Contoh Adaptor Rosak baru aje pakai xlebih 1 tahun.

Sebab kerana :-

- Dikenakan caj kerana bilamana Bil Astro bulanan bawah daripada Rm100.Ok selepas ni kena ingatla Setiap aduan kerosakan & service bilamana bil astro kurang Rm100 akan dikenakan Rm53.

- Kalau Bil langganan Astro atas daripada Rm100 palak ,segala kerosakan adalah F.O.C  free of charge.

Kalau rasa2 bil anda bayar bulan-bulan kat astro tu lebih daripada rm100,setiap kerosakan yang anda alami tu, call terus astro tanpa tunggu lama-lama..technician akan datang umah untuk service,service adalah foc.

Sekali Lagi Take Noted Yaa...

Kalau bill bawah Rm100 plak,nak guna services astro sekarng kena bayar Rm53.Nak tukar adaptor beyond,decoder beyond,adjust signal segala apa jenis berkenaan beyond..ya anda akan dicaj Rm53.

Warranty Decoder Njoi

Kepada yang tak tahu lagi status warranty decoder njoi anda boleh rujuk dibawah

Terdapat 3 jenis decoder njoi yang astro keluarkan bermula pada tahun 2013 sehinggalah sekarang:-

  1. Decoder Njoi versi Decoder lama (Silver Refurbish)
  2. Decoder Njoi versi Decoder Beyond terpakai (Beyond Refurbish)
  3. Decoder Njoi versi Baru Beyond Zapper (New)

Status Warranty

1.Silver Refurbish


Decoder Njoi model ni (model lama) pada permulaan tahun pertama lagi tidak mempunyai warranty.Sebarang kerosakan selepas pemasangan oleh installer adalah ditanggung oleh customer .Decoder jenis njoi pada tahun pertama diberi percuma kepada customer terpilih melalui syarat2 tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak astro.

2.Beyond Refurbish

Decoder Njoi model Beyond Refurbish dikeluarkan selepas decoder njoi silver,Sesiapa yang mahukan pemasangan decoder njoi pada waktu ini dikehendaki membayar untuk set njoi & pemasangan. Hanya kos permulaan sahaja dikenakan dan sebarang kos lain seperti bil bulanan adalah percuma..

Warranty untuk decoder ini adalah setahun,sebarang kerosakan berlaku selepas tempoh setahun adalah ditanggung oleh customer.Sekiranya juga Decoder Rosak tamat tempoh warranty,Decoder tidak boleh ditukar baru.

Adalah tanggungjawab customer untuk mecari tempat services untuk membaiki balik decoder tersebut.Sekiranya decoder tidak dapat direpair,jika masih lagi berminat untuk melanggan Njoi,customer dikehendaki mendaftar baru,xpun cari @ beli decoder model sama yang xrosakla,aktifkan balik smartcard & decoder tu,call astro njoi untuk aktifkan.

3.Beyond Zapper (New Njoi


Warranty untuk decoder ini adalah setahun,sebarang kerosakan berlaku selepas tempoh setahun adalah ditanggung oleh customer contoh adaptor rosak,decoder hang,decoder rosak xhidup,Decoder tidak boleh ditukar baru.Kalau nak jugak guna njoi carikan dekoder sama model lepas tu call astro aktifkan balik smartcard dengan decoder yang korang dah carikan tu.

Khamis, 21 Januari 2016

CAJ & KOS PEMASANGAN ASTRO

CAJ PEMASANGAN ASTRO

Berapakah kos pemasangan Astro ni bro??
-Aku baru nak pasang astro
-Kawan aku plak nak pindah rumah jadi dia nak pindahkan sekali la dia punya astro..

Ok Bos boleh rujuk Kos untuk Pemasangan Astro untuk 2 situasi dibawah 
1-     kos pemasangan baru 
2-     kos pemasangan semula Piring astro Kes pindah rumah.(Tanggal & Pasang semula)




Kos Pemasangan Baru

Kalau bro pertama kali nak pasang astro,bro kenala register dulu,pi astro center ker,pasar malam pun boleh bro,belambak team promotion astro kat sana ,boleh jugak on the spot register kat situ,so setelah complete register,seminggu kemudian bro akan dihubungi oleh installer astro,aku rasa mugkin xsempat seminggu kot..Ok installer astro akan bertanyakan pada anda samada bersetuju @ tidak untuk pemasangan Astro kat rumah anda dengan kos pemasangan tunai rm100.

Jika bersetuju pihak installer sepantas mungkin la mendarat dirumah anda dan bertungkus lumus menyiapkan kerja mereka.Bro kena tengok2 perhatikan la skit diorang pasang tu,takut diorang nak cepat nak kejar masa & trip,kabel pun pasang ala kadar,jangan sampai kabel terjuntai dalam rumah dah la macm Rotan dalam hutan.

Pasal collection pembayaran plak Rm100 yang dicollect daripada anda tu merupakan upah untuk kerja pemasangan diorang yang telah ditetapkan oleh pihak astro.

Kalu bro nak tahu sekadar info,Kos pemasangan ada kalanya free tidak dikenakan sebarang caj dan ada kalanya berbayar,Kalu bro nak free, bro kena tunggu time ada hari promosi la.bukannya selalu ada time camni,kena alert la selalu tanya budak2 Astro Sale.Inilah teknik promosi yang astro lakukan untuk menarik lebih ramai penguna-penguna baru untuk melanggang astro.



Kos Pemasangan Semula – Kes Pindah Rumah - Pindah Piring Asto

Sekiranya anda mempunyai kes sebegini ,eloklah anda membuat aduan kepada
pihak astro bagi diorang yang urus dan settlekan

Segala proses tanggal-cabut piring dari rumah asal sehinggalah pemasangan semula complete set, diorang akan buat buat semuanya samada pekerja installer astro atau techinician diorang yang datang buat.

Tiada caj atau kos yang dikenakan kalau masih dalam tempoh warranty.Perkara sebaliknya akan terjadi (dikenakan caj) sekiranya anda jadi mc gywer tanggalkan sendiri piring astro ,set decoder di rumah asal anda dan selapas tiba hari nak pasang balik kat umah baru anda tiba-tiba dah tak tahu plak nak pasang macamana dan terus call pihak Astro meminta bantuan Astro (technician) untuk pemasangan semula.kes sebegini menyebabkan Anda akan dikenakan caj dalam likungan Rm75-Rm100 dipanggil RELOCATE kes

Bagi mereka yang urgent nak cepat bagi kes pemasangan semula piring astro dari satu tempat ke tempat lain anda boleh menggunakan khidmat atau mengupah installer luar atau orang yang berkebolehan untuk menyelesaikan kes kalian.Boleh google je untuk mencari nombor telefon installer astro berhampiran kawasan anda.

Kos upah plak bergantung pada diorang ,diambil kira jarak nak ke tempat pemasangan semula,kos minyak diorang..so kena pandai counting la yer.Tapi biasanya untuk proses adjustment piring astro sahaja,upah diorang dalam RM50,kalau pasang semula piring astro ditambah dengan proses adjustment dish dapatkan signal astro kos anggaran dalam Rm100-Rm150.

Kalau nak jimat kos,anda sendiri tanggalkan dahulu piring astro dirumah lama anda,kemudian pasang semula kat rumah baru pindah.Selepas tu barulah call installer astro untuk adjustment piring astro cari signal sahaja.Anggaran kos dalam rm50-rm60

ASTRO SIGNAL ADJUSTMENT
So Terpulang pada anda nak pilih mana satu, Samada nak buat aduan astro & tunggu sehingga kes pemindahan piring ke rumah baru anda settle @ cabut/tanggal sendiri piring astro & pasang sendiri piring kat umah baru seterusnya upah pula installer luar untuk adjustment dapatkan astro signal.

Selasa, 19 Januari 2016

CARA TOPUP NJOI | BELI TOPUP NJOI


TOPUP NJOI / PRABAYAR NJOI

Apakah prabayar NJOI?

Prabayar NJOI ialah perkhidmatan televisyen satelite prabayar pertama di Malaysia. Pelanggan prabayar NJOI dapat membeli akses kepada rancangan-rancangan tambahan mengikut kehendak dan kemampuan pelanggan. Perkhidmatan bayar dan tonton ini boleh dinikmati oleh semua pelanggan NJOI

* Dengan kata lain,kalau nak tengok channel tambahan kena beli TOPUP/PRABAYAR NJOI,boleh rujuk gambar paling bawah iaitu senarai channel tambahan berbayar untuk pelanggan njoi

Topup Njoi @ Prabayar Njoi boleh didapati di stesen pump minyak,kedai dealer astro,astro insatller etc,7-eleven dapatkan secara online pun boleh jugak google search aje ye..

Nilai Topup ada yang bernilai Rm5,RM10,Rm20..Sama la seakan2 phone topup gitu.Jom Belajar Cara nak Topup Channel,step by step kat bawah ...penuhkan akaun njoi anda dengan nilai topup,baru best nak mengakses channel tambahan kan...Kepada yang first time nak guna prabayar njoi,mula2 nak berjinak2 nak membeli channel ni, kena buat step 1 dulu la yer, jangan terus buat step 2.

Kalau ko dah berjaya melanggan,mengakses channel tambahan buat kali pertama,so kalau nak melanggan lagi selepas ni buat kali kedua,ketiga & seterusnya, bolehlah abaikan step 1 tu .Terus je buat step 2 & step3



CARA TOPUP CHANNEL NJOI GUNA PHONE SMS



IKUTI LANGKAH DIBAWAH 

1) Langkah Pertama: Pengguna Pertama Kali (First Time nak Guna) 
    -Penukaran pin 000000 kepada pin pilihan anda cth;-
    
    TAIP 333 <JARAK>No KP<JARAK>000000 <JARAK>masukkan
     no pin baru 6 digit HANTAR KE 33310
     ** No KP semasa daftar akaun njoi**

    Abaikan Step Diatas Jika anda Dah pernah Buat,Terus aje ke Step2

2) Langkah Kedua : Tambah Nilai (Topup Balance Sedia Ada)

    TAIP 111<JARAK>NO KP<JARAK>NO PIN 16 DIGIT HANTAR KE  33310

3) Langkah Ketiga : Pilih Saluran (Masukkan Kod Saluran Pilihan Anda)
    Boleh Rujuk Senarai Kod Saluran Dibawah

    TAIP 222<JARAK>NO KP<JARAK>NO PIN 6 DIGIT<JARAK>KOD 
    SALURAN HANTAR KE 33310

4) Sila tunggu pengesahan pembelian.

***Jika anda mempunyai lebih daripada SATU akaun NJOI,sila guna nombor 
'Smart Card' dan bukan No KP anda.***

CARA SEMAK BAKI TOPUP NJOI

- Taip 000 [ jarak ] No IC
- Contoh : 000 890429115467 SMS ke 33310


KOD SALURAN CHANNEL NJOI

CLICK TO ZOOM

Isnin, 18 Januari 2016

Cara Batalkan Pakej Langganan Astro



Langkah Batalkan Langganan Pakej Astro

Masalah :-

- Tersalah Langgan Channel Astro / Tersalah pilih pakej Astro
- Boring Tengok Siaran Sama je Berulang Nak Unsubscribe channel
- Pertukaran Pakej Siaran

1. Telefon Customer Service Astro
Dulu diorang pakai nombor bebas tol 1 300 82 3838. Sekarang nombor tu diorang tak pakai dah. Kena telefon nombor customer service Astro yang baru 03 9543 3838.

2. Pilih Bahasa

3. Pilih Langkah Seterusnya Press 4

Tekan 1 - Reconnection/Pemasangan semula
Tekan 2 - Bill and Payment/ Bil dan Pembayaran
Tekan 3 - Technical Assistance and Installation/ Bantuan Teknikal dan Pemasangan
Tekan 4 - Package, Product and Service/ Pakej, Produk dan Servis Tekan 5 - GST Related Enquiries

Cara unsubscribe package Astro

Astro Contact – 03 9543 3838 (8:00 am – 12midnight) Korang boleh call Astro Customer Services & cakap saja package mana yang ko tak nak,nasihat aku,kalau setiap kali ko tengok tv ,setiap hari,setiap minggu,setiap bulan siaran sama asyik ditayangkan berulang-ulang,so lebih baik ko unsubscribe saja pakej tu,dah naik boring tengok cerita sama berulang.

Nak batal pakej tu,sebelum call tu,ko sediakan dulu nombor akaun astro. Kalau Astro ko register atas nama orang lain ( contoh daftar atas nama akak ke, suami atau makayah ko ke) dapatkan nombor kad pengenalan mereka.Mudah nak settlekan  proses UNSUBSCRIBE nanti.

Nak upgrade pakej macamana plak ??

Nak upgrade pakej dan unsubscribe pakej adalah berbeza step dia.Nak upgrade package boleh buat online tapi nak unsubcribe kena melalui telefon. Proses ini akan dikenakan charge RM10.60 termasuk gst. Tak sampai 30 minit, channel yang kita unsubscribe tersebut akan hilang dari kaca TV. Sekejap aje pun kena bayar RM10.60!

Jom kita tengok Persoalan Dibawah :-

Adakah dikenakan yuran terhadap pertukaran pakej sedia ada saya?

a. Ya, yuran pertukaran sebanyak RM10.60 akan dikenakan (sekali selepas anda membuat pertukaran pakej) jika caj langganan selepas pertukaran adalah sama atau lebih rendah daripada langganan anda sebelum pertukaran pakej.

b. Tidak, tiada yuran dikenakan sekiranya anda hanya membuat penambahan mana-mana pakej termasuk Pakej Plus terhadap langganan sedia ada anda. (Nota: Caj langganan selepas pertukaran pakej adalah lebih tinggi daripada langganan sebelum pertukaran pakej).

Astro Memperkenalkan Pakej Mustika,Bagaimana Nak melanggan Pakej ni?

Anda boleh melanggan pakej baru ini melalui pelbagai struktur pakej sedia ada. Had kemasukan minimum pakej adalah:

a. Pakej Keluarga :
    Pakej Keluarga (RM37.95) + Mustika (RM12.95) = RM50.90

Mengapa Astro mengenakan caj lebih untuk pek baru ini?

Anda memiliki pilihan untuk melanggan pakej baru ini hanya jika anda berhajat untuk menonton program-program yang terdapat di dalam saluran pakej baru ini.

Astro telah mempakejkan saluran-saluran baru ini dan mengenakan caj ke atasnya kerana saluran-saluran ini memiliki kandungan yang bernilai premium. Mustika ditawarkan pada harga RM12.95 kerana melihatkan kepada pelaburan yang telah digunakan demi mendapatkan bermacam-macam program premium dan blockbuster dari dalam dan luar Negara. Kepelbagaian genre yang bermula daripada filem hinggalah komedi yang ditawarkan melalui kesemua tiga saluran (Citra, Warna dan Bella) dalam satu pakej juga perlu diambil kira.

Sedang kami terus berkembang dan menambah baik perkhidmatan, kami berhasrat agar pelanggan kami dapat menikmati dan mengalami kepelbagaian serta keluasan perkhidmatan yang kami tawarkan, selain memastikan keputusan yang berasas dalam menentukan pakej yang bersesuaian dengan selera dan kemampuan mereka.

Kenapa Bella dimasukkan ke dalam pakej Mustika dan bukan pakej yang lebih ditawarkan untuk masyarakat India?

Pakej Mustika diwujudkan dengan hasrat untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan lebih banyak pilihan berkualiti dan kepelbagaian dalam hiburan umum. Kami ingin menawarkan kandungan dan genre program yang lebih relevan dan menarik minat setiap ahli keluarga.

Seperti yang ditunjukkan oleh kajian yang dijalankan, filem Bollywood mendapat permintaan popular di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia yang sering menginginkan filem-filem blockbuster terkini Bollywood. Hasil daripada kajian tersebut, kami menawarkan saluran ini di dalam pakej Mustika demi kepuasan menonton rakyat Malaysia keseluruhannya.