Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengenai siaran yang ada di satelit NSS6 Thailand. Satellite ini dikedudukan 95.0°E di garisan Khatulistiwa. Dikirakan berhampiran dengan Measat3 (ASTRO) yang berada di 91.5 E.
Apa yang menarik ialah siaran dari satelite ini mempunyai 20 -30 Channel FTA (Free to Air) atau siaran percuma untuk ditonton. Dengan sedikit 'silap mata', siaran berbayar yang lebih kurang 200 Channel yang scramble di satelite ini dapat dibuka dengan mudahnya dengan mengemaskinikan file constant.cw melalui usb update, namun tidaklah semua, tetapi kebanyakannya dapat dibuka.
Lebih seronok lagi, siaran IPM mengandungi tidak kurang 10 siaran definasi tinggi atau HD - High Defination. Walaupun banyak siaran di dalam bahasa Thailand, tetapi banyak juga siaran berbahasa Inggeris di dalamnya. Namun janganlah ada yang bertanya soalan kurang cerdik, "Adakah ada sarikata dalam Bahasa Melayu"....
Bagi mereka yang ingin mendapatkan kepuasan dengan siaran yang terang, jelas dan resolusi yang tinggi, inilah peluangnya mendapatkan siaran dari satelite ini. Antara channel yang menjadi kegemaran dalam format HD ialah Travel HD di Ch 261, Motorvison HD di Ch 264, Fashion HD di Ch 513, Kids Song HD di Ch 518, Motorsport HD di Ch 770, Sport HD di Ch 772 dan beberapa Channel lagi..
Bagi mereka yang tidak dapat berpisah dengan siaran dari Malaysia, masih ada pengubatnya kerana ada Channel TV3 ,TV1,ALQURAN TV di dalamnya. Bagi yang meminati siaran berita, Channel NewsAsia ada menawarkan berita antarabangsa yang adil dan saksama, begitu juga Al-Jazeera dan France 24.
Anak saudara saya tidak dapat berpisah dengan siaran kartun 'ulat' di channel Aniplus, Channel 263 dan ada beberapa Channel lagi yang sesuai untuk kanak-kanak termasuk Channel Kids Song HD yang menyiarkan lagu kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris yang menarik dan menambahkan perbendaharaan kata dalam Inggeris dikalangan kanak-kanak
Walau bagaimanapun, suka diingatkan bahawa syarikat TV satelite tersebut dari masa ke semasa akan mengemaskinikan channel mereka. Jadi setiap Channel yang saya nyatakan diatas ada kemungkinannya akan berubah dari masa ke semasa apabila kita membuat blind scan semula.
Apa yang lebih menarik lagi, siaran dari satelite ini tidak memerlukan sebarang sambungan internet dan melanggan apa-apa cline. Bermakna kita tidak perlu untuk bayar bil bulanan seperti Astro.
Untuk mendapatkan siaran ini, anda perlu mengubah hala dish ke satellite ini dan saiz dish minima yang perlu ialah 65cm (sama ukurannya dengan dish beyond) untuk mendapatkan kualiti siaran HD yang memuaskan. Anda boleh berusaha untuk menjadi 'Mc Gyver' dengan membidik /pusing sendiri dish satelit ini atau dengan mendapatkan perkhidmatan dari mana-mana dish installer.
Ada yang bertanya bolehkah menggunakan dish astro yang lama (saiz 55cm), saya kata boleh je. Tetapi harus difahamkan konsepnya, lebih besar dish yang digunakan, lebih baiklah kualiti signal yang diterima kerana dish original IPM pun bersaiz 75cm. Saya still guna dish astro beyond.Siaran cun tiada masalah.
Semoga dengan sedikit penerangan tentang satelit ini, terbuka hati tuan-tuan untuk mencuba mendapatkan siaran dari satelit tersebut dan tidak perlu lagi risau TV bergelap sekiranya terdapat gangguan seperti yang dinyatakan tadi dan akan dapat meredakan sedikit hati yang panas....
Bagi mereka yang telah bosan dengan kadar bil yang melambung-lambung dari Ass Truk, inilah siaran alternatif dari satellit negara jiran yang percuma yang tidak harus dilepaskan, tanpa memikirkan bil yang akan datang ke rumah anda..
Walau apapun, selamat mencuba....
Apa yang menarik ialah siaran dari satelite ini mempunyai 20 -30 Channel FTA (Free to Air) atau siaran percuma untuk ditonton. Dengan sedikit 'silap mata', siaran berbayar yang lebih kurang 200 Channel yang scramble di satelite ini dapat dibuka dengan mudahnya dengan mengemaskinikan file constant.cw melalui usb update, namun tidaklah semua, tetapi kebanyakannya dapat dibuka.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan kepuasan dengan siaran yang terang, jelas dan resolusi yang tinggi, inilah peluangnya mendapatkan siaran dari satelite ini. Antara channel yang menjadi kegemaran dalam format HD ialah Travel HD di Ch 261, Motorvison HD di Ch 264, Fashion HD di Ch 513, Kids Song HD di Ch 518, Motorsport HD di Ch 770, Sport HD di Ch 772 dan beberapa Channel lagi..
Bagi mereka yang tidak dapat berpisah dengan siaran dari Malaysia, masih ada pengubatnya kerana ada Channel TV3 ,TV1,ALQURAN TV di dalamnya. Bagi yang meminati siaran berita, Channel NewsAsia ada menawarkan berita antarabangsa yang adil dan saksama, begitu juga Al-Jazeera dan France 24.
Anak saudara saya tidak dapat berpisah dengan siaran kartun 'ulat' di channel Aniplus, Channel 263 dan ada beberapa Channel lagi yang sesuai untuk kanak-kanak termasuk Channel Kids Song HD yang menyiarkan lagu kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris yang menarik dan menambahkan perbendaharaan kata dalam Inggeris dikalangan kanak-kanak
Walau bagaimanapun, suka diingatkan bahawa syarikat TV satelite tersebut dari masa ke semasa akan mengemaskinikan channel mereka. Jadi setiap Channel yang saya nyatakan diatas ada kemungkinannya akan berubah dari masa ke semasa apabila kita membuat blind scan semula.
Apa yang lebih menarik lagi, siaran dari satelite ini tidak memerlukan sebarang sambungan internet dan melanggan apa-apa cline. Bermakna kita tidak perlu untuk bayar bil bulanan seperti Astro.
Untuk mendapatkan siaran ini, anda perlu mengubah hala dish ke satellite ini dan saiz dish minima yang perlu ialah 65cm (sama ukurannya dengan dish beyond) untuk mendapatkan kualiti siaran HD yang memuaskan. Anda boleh berusaha untuk menjadi 'Mc Gyver' dengan membidik /pusing sendiri dish satelit ini atau dengan mendapatkan perkhidmatan dari mana-mana dish installer.
Ada yang bertanya bolehkah menggunakan dish astro yang lama (saiz 55cm), saya kata boleh je. Tetapi harus difahamkan konsepnya, lebih besar dish yang digunakan, lebih baiklah kualiti signal yang diterima kerana dish original IPM pun bersaiz 75cm. Saya still guna dish astro beyond.Siaran cun tiada masalah.
Semoga dengan sedikit penerangan tentang satelit ini, terbuka hati tuan-tuan untuk mencuba mendapatkan siaran dari satelit tersebut dan tidak perlu lagi risau TV bergelap sekiranya terdapat gangguan seperti yang dinyatakan tadi dan akan dapat meredakan sedikit hati yang panas....
Bagi mereka yang telah bosan dengan kadar bil yang melambung-lambung dari Ass Truk, inilah siaran alternatif dari satellit negara jiran yang percuma yang tidak harus dilepaskan, tanpa memikirkan bil yang akan datang ke rumah anda..
Walau apapun, selamat mencuba....
NAK SETTING SENDIRI NSS6 IPM HD PRO2 GUNA PIRING ASTRO ??..
BOLEH IKUT SAYA SETTING DISH SECARA MANUAL DIBAWAH
BOLEH RUJUK STEP DIBAWAH KLIK LINK :-