PERALATAN ASTRO

Rabu, 15 April 2015

Adjust piring astro Guna Meter

Sambungan Astro Dirumah Anda
1) Setting Piring Astro menggunakan Meter Satellite Digital adalah lebih cepat dan mudah berbanding setting piring secara manual,Ia juga membolehkan setiap adjustment dilakukan boleh  mencapai qualiti & level signal ke tahap maksimum.Apa yang utama yang diperlukan dalam langkah kerja ini adalah Satellite meter.

Paparan Astro Dirumah
- No signal (Paparan pada skrin tv)
-Service Currenty Not Available (Paparan pada skrin tv)
- 00:00 (Paparan pada decoder astro)


2) Sekiranya paparan astro dirumah seperti diatas,ini menandakan level signal astro adalah rendah

Langkah Pertama :-

- Check signal decoder anda terlebih dahulu dengan menanggal "kabel
   sambungan ke decoder"ASTRO,
- Kemudian letakkan kabel pada meter seperti gambar dibawah,kemudian tekan
  " scan signal " untuk ambil      bacaan signal level. Sekiranya bacaan signal low,
  adjusment piring perlu dilakukan.

Ambil Bacaan Astro Signal Menggunakan Meter Sat Digital  

1) Dimulakan dengan Refix cable pada decoder anda
2) Next , Refix cable pada LNB astro


Kaedah Refix Satellite Cable

3) Selesai refix,Pasang satelite kabel seperti biasa
4) Untuk adjusment signal,Sediakan satelite cable 1meter panjang khas untuk meter anda
5) Pasang satellite cable daripada Meter anda ke LNB


6) Gerakkan piring astro ke kiri,kanan,atas bawah secara perlahan2 sehingga
    signal detect pada meter anda.
7) Buat adjustment sehingga mendapat bacaan tinggi& kualiti signal yang terbaik
8) Selepas mendapat bacaan & berpuashati,pastikan piring anda diketatkan
    dengan skru semula.
9)Cara Buat adjustment sehingga mendapat bacaan tinggi& kualiti signal
   yang terbaik seperti dibawah:-

Tekan button HOME pada remote
Pilih Tetapan (Setting) - Tekan ok
Pilih Tetapan Pemasangan (Installatin Setting) - Tekan ok
Masukkan Pin - (0000)
Tetapan Satelite (Satellite Setting) - Tekan ok
Sumber Input -Tekan ok
Pilih Measat - Pilih salah satu measat yang paling tinggi Quality dan Strength - Tekan ok

INFORMASI UNTUK KALIAN BUDIMAN

OK Kalau Kalian Nak Adjust Signal Astro yang tengah nazak tu,saya recommend kan meter ni untuk kalian.

-Mudah dan simple untuk guna
-Signal kualiti & signal Strenght pun ada ,boleh nengok n adjust semaksimun level signal astro
-Pilih signal scan - Tekan ok tu je dah dapat peratusan signal astro
-kalau still rendah lagi signal,pusing lagi piring astro sehingga level signal pada meter meningkat
-Boleh jugak buat kije part time.. kebiasaan services caj adjust piring astro Rm50-Rm100
-Berminat !!! klik je gambar kat bawah

KLIK HERE TO BUY

Telur Angsa Putih


Angsa Putih

Angsa putih dikatakan lebih garang berbanding dengan angsa-angsa lain,mungkin sebab itulah harganya juga lebih mahal berbanding angsa-angsa lain seperti angsa kelabu dan seumpamanya.Buat pengetahuan anda,harga anak angsa putih yang baru menetas boleh mencecah harga rm90 seekor berbanding anak angsa kelabu yang hanya berharga rm 60 setiap seekor.

Kalau dah tahu harganya,elokla anda dapatkan segera Angsa pilihan anda,mungkin ternakan angsa boleh dijadikan sumber pendapatan untuk anda seiring dengan permintaan pasaran yang tinggi terhadap ternakan ini.Kalau sekadar nak jadikan guard kawal rumah pun xpa jugak ;-)

Angsa putih ini amatlah mudah untuk dijaga dan mudah untuk diuruskan berbanding dengan penjagaan haiwan ternakan lain seperti ayam .Angsa tidak suka tinggal dalam reban dan suka berkeliaran. Reban dibuat sekadar tempat berteduh, bertelur dan tempat tidur.

Sarang dibuat bila tiba musim bertelur, boleh guna kotak papan atau tayar buruk yang diletak rumput atau jerami kering. Pastikan tempat bertelur selamat terutama dari tempias hujan kerana telur yang terkena air akan rosak. Cahaya yang cukup penting untuk penghasilan telur yang maksima.


Bunyi Angsa

Bunyi yang dikeluarkan oleh angsa ini teramatlah nyaring lebih-lebih lagi sekiranya memelihara dalam kuantiti yang ramai.Bunyi daripada angsa juga boleh dijadikan isyarat tertentu kepada penternak.Bunyi yang nyaring dan kuat menandakan terdapat bentuk ancaman daripada haiwan seperti musang,babi,ular,monyet dan juga daripada manusia yang tidak dikenali.

Pentanda sebegini yang kita mahukan kerana membantu & memudahkan bagi kita menyedari sesuatu perkara yang akan berlaku.

Selain daripada itu spesis ini juga dikatakan mempunyai ketahanan daripada segala penyakit (tidak mudah diserang penyakit)..mungkin disebabkan pemakanan daripada itik itu sendiri iaitu banyak minum air serta pucuk2 daun / rumput yang dimakannya.Antibodi daya tahan penyakit mungkin lebih mapan berbanding haiwan-haiwan ternakan lain seprti ayam,itik,burung dan seumpamanya.

Nak diingatkan kat sini juga, kalau nak tanam pokok pisang,tolong jauhkan daripada angsa,kerana,batang dan daun pisang merupakan makanan favorite,


Telur Angsa

Telur Angsa putih mempunyai khasiat tertentu.Selain dijadikan hidangan sarapan  ia juga dikatakan amat berkesan penggunaannya dalam aspek perubatan tradisional untuk mengubat penyakit - penyakit tertentu.
Angsa tidak bertelur pada musim panas,so tidak hairanla kalau angsa anda itu tidak juga bertelur walhal mengawan tu dah banyak kali..Kalau nak tahu angsa itu bertelur, tunggu la waktu hujan,nak cepat lagi lepaskan angsa anda itu bermain air.

Bagi anda yang xtahu tempoh bilakah angsa dah boleh mengawan,kat sini saya akan jelaskan..kebiasaannya angsa  mengambil masa 7 bulan tempoh paling sesuai untuk proses mengawan dan bertelur,dalam tempoh itu,anda dinasihatkan membuat persediaan dari segi sarang.

Pasangkan angsa anda bertiga,kebiasaanya angsa jantan lebih perkasa dan bernafsu,kalau pasangkan seekor betina sahaja dikhuatiri,itik ayam anda jadi mangsa,mungkin terus terkena stroke kaki itik-ayam anda.

EGG INCUBATOR

Pengeraman Dan Penetasan

Untuk tujuan pengeraman, telur angsa elok dirampas 2 kali sehari dan disimpan pada suhu antara 7 – 13 darjah Celcius dan berkelembapan relatif kurang dari 70 %. Jangan simpan melebihi 5 hari kerana ianya boleh menjejaskan kualiti penetasan telur. Elok masuk terus dalam inkubator atau bagi pada Itik Nila untuk dieram.

Kalau bagi pada Itik Nila atau ibu ayam,bila anak angsa dah menetas rampas segera anak itu dan masukkan dalam “brooder” sampai kering bulunya. Kalau tak rampas dibimbangi ibu itik atau ibu ayam akan meninggalkan sarang sebelum semua telur menetas.

Biasa telur angsa menetas 30 – 32 hari jika guna inkubator dan kalau pakai ibu, tempohnya lebih lama.(RUJUKAN SHAWN AGRO FARM)

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan telur angsa putih,boleh contact  detail.

Rabu, 8 April 2015

Cara Penyambungan Semula Akaun Astro

Terdapat 4 kaedah untuk melakukan peyambungan semula astro anda yang xaktif disebabkan masalah tertentu,Pembayaran bil lambat (Decoder Rosak),(Saja Lambat Bayar)(Duit gaji dah pokai) dan seumpamanya..Astro tanpa belas kasihan akan terus block akaun korang disebabkan masalah diatas.

Untuk proses reconnection semula astro korang,pihak astro akan caj sebanyak Rm20 dan akan dimasukkan dalam bil berikutnya,selepas 3 jam selepas tu,astro anda kembali normal.

Kalau katakan masuk sehari dah astro masih lagi x diaktifkan walaupun pembayaran tertunggak dah disettlekan,begitu juga reconnection call pun dah buat .nasihat aku ko guna la pelbagai platfom seperti dibawah untuk mempercepatkan proses reconnection astro ko..

Biasala,sesetengah astro customer services, ni kadang2 terlupa nak reconnect balik,tersalah,lambat reconnet coz mungkin ramai customer kan hehehe.

Cara 1 Aktifkan Semula Akaun Astro melalui SMS
Penyambungan semula Perkhimatan Astro boleh dibuat melalui SMS dengan type
ASTRO<> RCO<> AC<>NO AKAUN<> TARIKH BAYARAN<> JUMLAH
BAYARAN.

Contoh : ASTRO<> RCO<>AC<> 0123456789<> 31122011<> 249.50 dan hantar ke 33310
Setelah Astro anda berjaya diaktifkan semula,mesej akan dihantar terus ke phone anda.

"Request successful. Your account will be temporarily reconnected within 6hours. Please make your payments on time to enjoy uninterrupted services./Astro"

Cara 2 Aktifkan Semula Akaun Astro melalui Panggilan Telefon
Dial 03-9543 3838 dan ikut arahannya seperti pilih bahasa, pilih kategori penyambungan semula akaun Astro.Biasanya, penyambungan dibuat 3 jam selepas anda menelefon astro.

Cara 3 Hantar Detail Akaun Astro Anda  pada Ruangan Komen Astro Facebook
Gambar dibawah sekadar contoh buat tatapan kalian,kalau kalian malas sangat nak call astro,daripada berhabis kredit phone call astro untuk reconnect,lebih baik anda gunakan platform facebook untuk selesaikan masalah anda itu..



Cara 4 Direct Ke Astro Center Branch Di Tempat Anda
Elok pi sendiri ke center kalau rumah anda berdekatan dengan astro center.Tapi nak settlekan bayaran tertunggak tu kena guna kad kredit la,xboleh bayar tunai.Kalau xda kad kredit, anda kena bayar dahulu kat mana-mana tempat yang boleh buat pembayaran bil astro kemudian terus ke astro center.Alang2 nak reconnect balik astro,boleh bertekak lebih lama sikit dengan customer service ..

Cara Penyambungan Semula Astro


MAKLUMAN KEPADA ANDA !!! 
JOM TENGOK CHANNEL FREE 
LEBIH KURANG 200 CHANNEL FTA - (FREE TO AIR)
DECODER TANPA SMARTCARD 
SEKALI BAYAR JE..BULAN2 XPERLU DAH
SIARAN HD
DECODER GUNA PIRING ASTRO
NAK DETAIL ? NAK BELAJAR CARA PASANG ? KLIK GAMBAR


http://astro-decoder-maintenance.blogspot.com/2015/05/ll.html