PERALATAN ASTRO

Rabu, 10 Julai 2013

Kebun Sayur




Terlebih dahulu dengan lafaz alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi dengan segala kurniaan nikmat/rezeki yang dilimpahkan ke atasku dengan berkat usaha dalam tahun 2013 ini .

Jom lihat apa yang ada.....

 
POKOK LABU

Pokok ni tersangat rajin berbuah,xtahula orang panggil nama
apa pokok ni,tpi aku panggil je labu air,labu buyung huhu.sekarang ni memang sesuai untuk proses memetik,klu biarkan lama lg mngkin dah tua dah x sedap untuk dibuat hidangan dalam masakan

mungkin gambar kat atas tu buah nye sdikit,k ni ha satu lgi snap pic untuk tatapan



Dibawah ni juga merupakan spesis Pokok labu juga,Xsilap orang panggil labu peringgi.kelihatan pokok labu ni dah mula manjalar mungkin dalam seminggu lagi buah akan kelihatan dengan keizinnanya. 

Pokok Labu

Ni pula penanaman petola klu di negeri pantai timur rata2 orang panggil "tene" huhu.K klu ditengokkan dalam pic ini,penanaman ini masih diperingkat awal lagi.peringkat menjalar.


Pokok Petola

Tetapi tanpa disedari,check punya check ternampakla satu putik petola yang baru keluar dan bersedia melalui proses membesar.
lihat gmbar ni.




SAWI


Cuba teka pokok apa kat atas tu,klu xtahu memang xlayak jadi petani huhu,ni merupakan tanaman sawi dan yang terselit diantaranya tu adalah tembikai,xthu la macam mana boleh terselit kat situ,harap2 berbuahla.

 

Inilah hasilnya,Sayuran sawi yang baru diambil dari tapak tanaman.Masih lagi segar & fresh.



UBI KAYU


Peringkat awal penanaman ubi kayu,time ni suka2 je amik pucuknya untuk direbus & dibuat ulam.

Sama seperti sayuran kankung,lihat pic dibawah,dibuat ulam memg best,ditambah pula sayuran yang tengah fresh.

SAYURAN KANKUNG



Post diatas mungkin banyak pic berkenaan dengan tanaman sayur,okla moh kita tengok plk tanaman buah.

POKOK RAMBAI

Lebat sungguh pokok rambai ini mengeluarkan buah,yg ditanamnya lebih kurang 2 pohon jer,kedua-duanya mempunyai sifat yg sama sifat lebat berbuah huhu.

POKOK TEBU


Lihat pula pokok tebu ni,terasa plk nak minum airnya apabila dicampur skali bersama ais.huh..awesome xcukup segelas.Tebu ni dah cukup matang,sesuai sangatla,dipotong2 kasi mesin terus amik air buat santapan berbuka puasa jap agi.


POKOK SALAK

Ok cuba lihat pic ini pula,skrng ni pokok salak tengah lebat berbuah,sekarang ni separa masak,tpi aku bedal je walaupun terasa lagi kelat kemanisan hihi.Mggu dpan aku bedal habis 


POKOK SALAK


klu xjelas,kat bawah ni adalah pic pokok buah duku,Pokok ni paling banyak skali ditanam disini,skarng ni memg dah tiba musim pokok duku berbuah..memg dah berbuah pun..hampir keseluruhan pokok duku yang ditanam mengeluarkan buah skrang ni.

Kepada yang di perantauan tu,insyallah,lepas puasa dah boleh tibai buah ini semua,dijangka masak time raya huhu
 



POKOK DUKU

Last sekali daripadaku,ni merupakan pic batas-batas yang baru dibuat untuk penanaman sayur-sayur.nampak macm kubur huhu.Mungkin batas2 ini akan diisi lebih lagi dengan kepelbagaian benih sayuran.insyallah.





Buat Renungan :

Pemberian Nikmat dan rezeki daripada allah kepada hambanya dikurniakan melalui pelbagai cabang,bentuk dan sebagainya tanpa kita sedari,namun sesetengah daripada kalangan hambanya tidak tahu bagaimana untuk bersyukur dengan pemberian ini oleh yang maha esa.Sebagai makhluknya di muka bumi ini yang beragama islam kita seharusnya bersyukur setiap pemberiannya sebagai tanda berterima kasih keatas segalanya.