Genap 4 bulan akhirnya kebunku dipenuhi dengan Tanaman Kelapa Matag.Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketekunan berjaya juga akhirnya.Untuk pengetahuan kalian,Kelapa Matag merupakan kelapa rendah,kacukan daripada jenis kelapa tempatan Malaya Rendah (Malayan Dwarf) dengan Tagnanan Tinggi dari Filipina. Ia boleh menghasilkan kira-kira 30,000 biji buah setiap hektar setahun.Pokoknya lebih rendah, kira-kira 5.06.0 meter tinggi, dan mula berbuah 3-4 tahun lepas di tanam
Kelapa jenis ini mempunyai hasil yang lebih baik, berisi tebal dan lebih berat apabila menghasilkan kelapa kering.
Kelapa Matag juga bersaiz lebih besar daripada kelapa jenis Mawar dan turut mampu memberi pulangan yang baik kepada penanam kerana isinya lebih tebal dan rasa yang enak serta faktor permintaan pasaran yang tinggi
Keseluruhan kebunku telah dipagar,so tidak perlu dirungsingkan lagi dengan karenah lembu/khinzir dan seangkatan denganya yang pastinya terliur dengan tanaman kecuali ancaman daripada kumbang tanduk & monyet pada awal pertumbuhannya allahualam..
Selepas 3-4 Tahun penanaman Kelapa Matag lihatlah hasilnya dibawah ,insyallah dengan keizinannya
_________________________________________________________________________
Ok post kali ni aku sertakan gambar2 tanaman kelapa matag aku yang ditanam sebelum ni,gambar dibawah ni kelapa matag 8 bulan selepas penanaman.
Pastikan proses pembajaan dilakukan mengikut jadual,anda boleh memilih pembajaan untuk 3 atau 4 kali dalam setahun untuk memastikan tumbesaran dan pertumbuhan yang baik dapat dilakukan untuk anak pokok.