PERALATAN ASTRO

Ahad, 24 Januari 2016

Warranty Decoder Beyond - Warranty Adaptor Astro


“Decoder beyond mudah rosak walaupun baru aje dipasang” ..memang ada betulnya pernyataan kat atas tu. Aku pernah mengalaminya walaupun first time installer mai pasang kat umah aku,,,kenapa jadi camtu ea ?? lepas je daripada pasang dan aktifkan , gambar xmuncul2 huhu..tunggu jugakla sampai 2 hari..apa hal bro??

Aku call balik installer yang mai pasang tu & report balik prihal masalah tadi.Selepas menerima penjelasan daripada installer ,barulah aku tahu..Mengikut pengkiraan installer tu kemungkinan masalah yang terjadi berpunca daripada :-

- Decoder mugkin bertindih antara satu dengan yang lain kat tempat penyimpanan store.

- Decoder mungkin terjatuh semasa pemunggahan daripada lori ke logistic (store) dan juga semasa decoder diagihkan kepada installer untuk pemasangan.

- Tempat penyimpanan stock decoder installer mungkin bermasalah menyebabkan decoder terdedah kepada air hujan atau sebagainya.


So.. Decoder Rosak Macam Masalah Aku ni Ada warranty tak ?

First time guna memang sure la ada warranty huhu..so Decoder aku yang rosak tu boleh ditukar yang baru la.Takkan belum sempat guna takleh nak tukar. Alhamdulillah lepas je tukar yang baru,semuanya ok & berfunction baik..berkenaan dengan warranty, aku ada jugakla dimaklumkan yang decoder beyond ni warranty-nya seumur hidup kan,,betul ke? Seumur hidup la sangat..

Kenapa Ada Customer Kena Caj bila Decoder Beyond diorang Rosak ? Contoh Adaptor Rosak baru aje pakai xlebih 1 tahun.

Sebab kerana :-

- Dikenakan caj kerana bilamana Bil Astro bulanan bawah daripada Rm100.Ok selepas ni kena ingatla Setiap aduan kerosakan & service bilamana bil astro kurang Rm100 akan dikenakan Rm53.

- Kalau Bil langganan Astro atas daripada Rm100 palak ,segala kerosakan adalah F.O.C  free of charge.

Kalau rasa2 bil anda bayar bulan-bulan kat astro tu lebih daripada rm100,setiap kerosakan yang anda alami tu, call terus astro tanpa tunggu lama-lama..technician akan datang umah untuk service,service adalah foc.

Sekali Lagi Take Noted Yaa...

Kalau bill bawah Rm100 plak,nak guna services astro sekarng kena bayar Rm53.Nak tukar adaptor beyond,decoder beyond,adjust signal segala apa jenis berkenaan beyond..ya anda akan dicaj Rm53.

Warranty Decoder Njoi

Kepada yang tak tahu lagi status warranty decoder njoi anda boleh rujuk dibawah

Terdapat 3 jenis decoder njoi yang astro keluarkan bermula pada tahun 2013 sehinggalah sekarang:-

  1. Decoder Njoi versi Decoder lama (Silver Refurbish)
  2. Decoder Njoi versi Decoder Beyond terpakai (Beyond Refurbish)
  3. Decoder Njoi versi Baru Beyond Zapper (New)

Status Warranty

1.Silver Refurbish


Decoder Njoi model ni (model lama) pada permulaan tahun pertama lagi tidak mempunyai warranty.Sebarang kerosakan selepas pemasangan oleh installer adalah ditanggung oleh customer .Decoder jenis njoi pada tahun pertama diberi percuma kepada customer terpilih melalui syarat2 tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak astro.

2.Beyond Refurbish

Decoder Njoi model Beyond Refurbish dikeluarkan selepas decoder njoi silver,Sesiapa yang mahukan pemasangan decoder njoi pada waktu ini dikehendaki membayar untuk set njoi & pemasangan. Hanya kos permulaan sahaja dikenakan dan sebarang kos lain seperti bil bulanan adalah percuma..

Warranty untuk decoder ini adalah setahun,sebarang kerosakan berlaku selepas tempoh setahun adalah ditanggung oleh customer.Sekiranya juga Decoder Rosak tamat tempoh warranty,Decoder tidak boleh ditukar baru.

Adalah tanggungjawab customer untuk mecari tempat services untuk membaiki balik decoder tersebut.Sekiranya decoder tidak dapat direpair,jika masih lagi berminat untuk melanggan Njoi,customer dikehendaki mendaftar baru,xpun cari @ beli decoder model sama yang xrosakla,aktifkan balik smartcard & decoder tu,call astro njoi untuk aktifkan.

3.Beyond Zapper (New Njoi


Warranty untuk decoder ini adalah setahun,sebarang kerosakan berlaku selepas tempoh setahun adalah ditanggung oleh customer contoh adaptor rosak,decoder hang,decoder rosak xhidup,Decoder tidak boleh ditukar baru.Kalau nak jugak guna njoi carikan dekoder sama model lepas tu call astro aktifkan balik smartcard dengan decoder yang korang dah carikan tu.